Tips - Kecantikan

Aktres Lee Sung Kyung Hanya Guna Produk Ni Untuk Solekan Sempurna…

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Aktres Lee Sung Kyung Hanya Guna Produk Ni Untuk Solekan Sempurna…

Sebelum ini, aktres meningkat naik Lee Sung Kyung pernah mengatakan bahawa apa sahaja bentuk krim perlindungan matahari merupakan must-have item untuknya.

Baca: Si Cantik Lee Sung Kyung Tak Akan Keluar Rumah Tanpa Produk Kecantikan Ni…

Padanya memakai pelindung matahari adalah penting untuk mencapai kulit yang sihat dan bersih dari sebarang cela, sama ada berada di dalam atau luar bangunan. Kali ini, Lee Sung Kyung berkongsi tip-tip peribadi untuk mencapai asas mekap yang semula jadi lagi sempurna, pilihannya ialah Laneige Layering Cover Cushion.

Laneige Layering Cover Cushion direka dengan manfaat mekap yang lengkap, bagi memberikan litupan yang sempurna, bertahan lebih lama serta kemasan kulit yang lembap, sekaligus menjadikannya asas mekap yang paling sempurna. Bedas asas kusyen 2-dalam-1 ini didatangkan dengan pasangan concealing base serta layering cushion untuk litupan yang tinggi serta mengelakkan warna bedak asas daripada menjadi gelap.

Foto – Arkib Wanista
Keunikan Laneige Layering Cover Cushion
  • Ciri baharu Laneige Layering Cushion ialah Concealing Base yang dilengkapi formula Aqua Melting Technology, ia memberikan tekstur sapuan yang lembut serta litupan yang tinggi.
  • Gunakan Layering Cushion yang bertindak sebagai asas bagi kulit setelah semua ketidaksempurnaan ditutupi dengan Concealing Base. Ia mengandungi Illuminating Jewel Powder yang dihasilkan daripada manik-manik halus untuk memberikan kulit rona merah jambu yang menawan. Layering Cushion juga mengandungi Ekstrak Kulit Laici, antioksidan yang mampu melegakan dan melindungi kulit bagi memastikan kekal sihat dan lembap.
  • Edge Puff dihasilkan daripada Water Capture System, yang mana lapisan atasnya diperbuat daripada Velvet Puff untuk menyapu Concealing Base. Lapisan bawah pula diperbuat daripada Air Puff untuk menyapu Layering Cushion bagi memberi kemasan yang cerah dan semula jadi.
Foto – Arkib Wanista

Sung Kyung memilih Cover Cushion kerana dengan inovasi terbaharu memberi kulit yang sempurna dan cantik semulajadi malah bertahan sepanjang hari.

Laneige Layering Cover Cushion berhara RM145 sudah boleh didapati di seluruh negara pada pertengahan Mac.