Tahukah anda bahawa bintik hitam dan jeragat sebenarnya disebabkan sinaran UV di mana, ia mempengaruhi kulit untuk menghasilkan lebih banyak melanin dan dalam kes yang lebih serius boleh menyebabkan kanser kulit.
Oleh sebab itu, adalah mustahak untuk kita menyapu krim pelindung matahari pada wajah dan kulit tubuh lebih-lebih lagi apabila sering berpanas dan terdedah kepada cahaya matahari.
Umumnya, kulit adalah organ terbesar pada tubuh badan manusia namun adalah yang paling sensitif berbanding dengan organ lain biarpun mempunyai tiga lapisan merangkumi Epidermis, Dermis dan Hypodermis.
Bagi memudahkan wanita masa kini yang sering kesuntukan masa, Sekkisei Kose tampil dengan rangkaian pelindung matahari yang dipanggil Sekkisei White UV Gel dan Sekkisei White UV Milk!
Selain bisa melindungi kulit secara efektif daripada serangan sinaran UV, krim ini juga mampu menyalurkan lembapan optimum pada kulit.
Tidak seperti kebanyakan krim pelindung matahari jenama lain yang berminyak dan sukar diserap oleh kulit, tekstur Sekkisei White UV Gel dan Sekkisei White UV Milk adalah ringan umpama air yang mudah disapu ke kulit dalam waktu singkat. Sesuai dipakai untuk kondisi kulit normal hinggalah berminyak.
Dapat mencerahkan kulit, kelebihan rangkaian Sekkisei White UV adalah terletak pada tiga kompaun utamanya yang berasaskan Biji Coix yang kaya sumber anti-oksidan termasuklah Ekstrak Biji Coix, Air Biji Coix dan Minyak Biji Coix.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.kose.com.my] atau lawat laman Facebook Kose Malaysia di [www.facebook.com/kose.malaysia].