Panjangnya rambut!
Kalau rambut panjang paras dada pun sudah ramai yang cukup rimas bukan? Bukan sahaja sebab rasa panas, malah hujung rambut kerap menjadi kering sekaligus buat rambut mengerbang.
Lain pula dengan wanita ini yang dikenali sebagai ‘Rapunzel’ atau nama sebenar Olga Demidova. Dia berusia 44 tahun dan berasal dari Saint Petersburg, Russia yang memiliki rambut sepanjang 5 kaki.
Uniknya rambut Olga, ia bersih, cantik dan rapi tidak seperti jangkaan yang selalu kita fikirkan.
Bangga dengan kecantikan rambut panjangnya, Olga tidak lokek berkongsi rutin penjagaan yakni paling penting dia tidak merokok, minum alkohol dan amat menitikberatkan pemakanan sihat.
Malah sejak enam tahun yang lalu, dia berhati-hati dalam memilih produk rambut seperti, syampu, perapi atau minyak rambut. Menurutnya lagi, cukup dengan dua kali seminggu mencuci rambut dan membiarkan ia kering dengan semulajadi tanpa menggunakan alat pengering rambut.
Syampu yang digunakan dia pula hanya syampu dari pasaraya biasa dan tips dari Olga pilih syampu yang mempunyai D pathenol dan Keratin. Disebabkan rambut yang panjang, dia terpaksa mengambil masa 25 minit hanya untuk syampu rambut!
Luar biasa tentang memiliki rambut sepanjang ini ialah apabila dari kajian mendapati tidak semua orang mampu kerana ia juga mengambil faktor dari genetik ganjil. Jadi pada anda yang mempunyai rambut panjang seperti Olga atau Rapunzel mempunyai sesuatu yang lain dari orang biasa.