Terkejut penulis tengok badan lelaki yang layak digelar datuk ini.
Seorang datuk yang sudah pencen, Bill Hendricks, 67, menjadi sensasi internet selepas gambar otot sasanya berlegar di media sosial.
https://www.instagram.com/p/BfefPpYFhub/?hl=en&taken-by=billh1950
Tidak lokek dalam berkongsi rutin senaman, kini Bill mempunyai ribuan pengikut yang setia mengikuti setiap tips untuk gaya hidup sihat yang diamalnya.
Menurut bekas marin, untuk mendapatkan badan sebegini, dia akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam sehari di gim. Bagi diet harian pula, Bill seorang yang sangat berdisiplin di mana dia hanya makan makanan yang sama setiap hari – gandum, omelet, ayam dan salad dan dia sama sekali tidak minum alkohol.
https://www.instagram.com/p/BeTooAEFO63/?hl=en&taken-by=billh1950
“Saya mengambil dua kali sarapan dan salad ayam, sekitar tengah hari saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam, kadang-kadang tiga,” jelas Bill.
https://www.instagram.com/p/Beq8d-MltYF/?hl=en&taken-by=billh1950
Bayangkan lelaki usia sebegini miliki badan sasa, lelaki muda tengok pun malu okay…