Bila ditanya pada si dewasa, zaman yang mana mengimbau memori? Tanpa berlengah mereka senang memilih zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan kerana ketika itulah mereka berpeluang menjadi diri sendiri dan menyerlahkan potensi masing-masing.
Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan tersendiri dan harus diberi peluang untuk menonjolkan hak dan bakat masing-masing. Untuk itu, pada Mac ini, ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ yang berlangsung dari 17 Mac hingga 8 April 2018 akan meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi.
Aktiviti-Aktiviti ‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’:
- Hak untuk Belajar dan Mencipta: Sesi Pengajaran The YouTuber akan mengajar mereka cara untuk menghasilkan video YouTube, penggunaan media sosial, pengendalian kamera, pencahayaan yang betul, dan penghasilan isi kandungan menarik tentang hak-hak kanak-kanak.
- Hak untuk Beramal dan Berkongsi: Bengkel Lakonan & Uji Bakat akan memberikan mereka peluang untuk merasai pengalaman sebenar Beramal dan Berkongsi melalui kerja-kerja kebajikan seperti melindungi alam sekitar, haiwan atau kerja-kerja amal lain.
- Hak untuk Bermain dan Mencipta: Aktiviti lain yang mempromosi hak-hak ini termasuklah Kelas Alat Instrumen, Peragaan dan Sesi Penggambaran Jenama, dan Kelas DJ.
Setelah mempelajari pelbagai kemahiran baharu, kanak-kanak boleh menyertai Pertandingan Pencarian Bakat ‘Be a Star’. Mereka hanya perlu menghantar video persembahan mereka melalui emel ke contact@kidzania.com.my atau sertai uji bakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur di antara 17 hingga 31 Mac 2018!
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur.