Honor Malaysia selamat menandatangani usahasama e-dagang dengan gedung atas talian popular Shopee semalam dengan memperkenalkan inovasi terbaharu yang lebih canggih iaitu telefon pintar yang dipanggil honor 9 Lite.
Lebih hebat dengan kepelbagaian spesifikasi terkini, ia akan diedarkan secara eksklusif menerusi pejualan di Shopee pada harga serendah RM699 (harga asal RM749) bermula 9 Mac ini!
Melihat kepada peningkatan pengguna yang gemar membeli barangan elektronik secara atas talian, Shopee dengan berbesar hati mahu bekerjasama dengan honor dan melihat lebih banyak kemajuan di masa datang. “Kami sangat teruja bekolaborasi dengan honor demi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, ” jelas Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau untuk Shopee.
Canggih dan bergaya, telefon pintar honor 9 Lite ditawarkan dalam dua warna mempersona yang dilimpah pada selongsong telefon bersinar, biru dan kelabu dijangka bakal menjadi rona gajet paling hangat untuk musim ini.
Jangan ketinggalan untuk merakam foto dengan empat kamera HD yang menampilkan teknologi dua-lensa 13MP+2MP untuk kamera berkembar di hadapan dan belakang. Ini seterusnya akan menghasilkan kualiti gambar yang lebih mewah malah, membuka peluang pengguna untuk bergambar seperti menggunakan khidmat fotografi profesional bila-bila masa dan di mana jua.
Bukan itu sahaja, skrin paparan honor 9 Lite juga adalah HD bahkan dilengkapi kemasa berkelas membuatkan telefon pintar itu kelihatan mewah serta-merta selain dikuasakan dengan ketahan bateri 3,000mAh, pemprosesan Kirin 659 dan ruang simpanan 32GB RAM dan 32GB.
Tonton Video Muzik “Honor Is Mine” oleh SONAONE
https://www.youtube.com/watch?v=UgGX9RpuRsc
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.vmall.my] atau lawat laman Facebook rasmi Honor Malaysia di [www.facebook.com/HuaweiHonorMY].