Fesyen

Baru 18 Tahun! Cupcake Aisyah Dah Pakai Kasut Sneakers Gempak

Izzah Azizah
/
Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz
Baru 18 Tahun! Cupcake Aisyah Dah Pakai Kasut Sneakers Gempak

Instafamous…

Cupcake Aisyah bukan nama yang asing lagi dari pengguna Instagram. Gadis genit berusia 18 tahun ini sentiasa menarik perhatian pengikutnya dengan fesyen street style

Secara rambang Wanista melihat gambar-gambar Aisyah, dia gemar bergaya ringkas dengan t-shirt, sweat shirt and pants, jeans dan kasut sneakers. Suka pula Wanista dengan Aisyah kerana penampilannya sesuai dengan jiwa remaja dan tidak keterlaluan a.k.a berusaha nak nampak dewasa.

Iyalah sebilangan remaja sekarang cepat sangat nak jadi matang.

Kalau anda juga gemar stalk Cupcake Aisyah pasti perasan dengan senarai koleksi kasut sneakers miliknya. Barisan jenama kasut sneakers Aisyah semuanya yang tip-top, tak percaya? Mari kita lihat…

# Vans

Kita mulakan yang biasa-biasa sahaja dahulu, jenama Vans ini wajib ada buat sesiapa yang fanatik dengan sneakars. Harga bagi sepasang Vans seperti yang dipakai oleh Aisyah, sekitar RM239. 

Foto – Instagram Cupcake Aisyah

# Adidas

Adidas girl! Kalau diikutkan Aisyah banyak memiliki kasut Adidas berbanding lain (kalau tak silap Wanista). Kemas sahaja melihat si comel ini mengayakan Adidas dengan jeans, sweat shirt dan blaus paras lutut. Kasut Adidas yang warna merah jambu tu dari NMD_R2 Women Originals berharga RM580.

Foto – Instagram Cupcake Aisyah

# Nike

Kalau ada Adidas mesti Nike pun ada! Wanista tertarik dengan sneakers Nike Aisyah yang berwarna coklat. Tak salah Wanista ia Nike Air Max 97 Ultra ’17 dan berharga RM629 jika rujuk di nike.com.

Foto – Instagram Cupcake Aisyah

# Yeezy

Tak cukup rasanya kalau koleksi sneakers tiada jenama paling agung Yeezy. Tak kisahlah apa top atau bottom anda, sarung sahaja dengan Yeezy, dah cukup! Lihat Aisyah sentiasa stailo dengan Yeezy.

Foto – Instagram Cupcake Aisyah

# Gucci

Well, tak ada beg Gucci macam Ameera Khan tak apa asalkan ada sneakers Gucci. Anggaran bagi setiap sneakers Gucci mencecah RM2,300 hingga RM3000.

Foto – Instagram Cupcake Aisyah

# GOLF le FLEUR x Converse

Jika orang lain pakai Converse Chuck Taylor, tapi Aisyah keep up to date dengan Converse kolaborasi bersama jenama Golf le Fleur. Memang sesuai warna merah jambu dan perincian bungaan untuk Aisyah. Converse edisi terhad ini tak silap Wanista berharga RM450 dan keatas. 

Foto – Instagram Cupcake Aisyah

# Stella McCartney dan Dior 

Lagi high-end brand yang memperkenalkan koleksi sneakers. Platform sneakers yang dipakai Aisyah merupakan dari jenama Stella McCartney boleh mencecah harga RM4000. Manakala, yang lebih ringkas dari Dior lebih kurang RM500 dan keatas. 

Foto – Instagram Cupcake Aisyah

Tak sakit mata bila tengok Aisyah ni berfesyen. Cantik dan jiwa muda-mudi~

Komen Anda