Rutin penjagaan wajah wanita Korea memang tidak betah dari menggunakan mask.
Kebaikan dan keberkesanan dari pemakaian mask amat dikagumi oleh semua wanita. Tak kira apa jua masalah kulit anda ia menjadi tindakan pertama dalam memberi penyembuhan.
Produk kecantikan terkemuka Laneige memperkenal mask terbaru iaitu Two Tone Sheet Mask yang dapat memberi dimensi baru kepada rutin penjagaan wajah.
Uniknya mask dari Laneige ini ia menggunakan fabrik mikrofiber pada 0.01 denier dimana ia lebih mudah menyerap produk kedalam kulit. Bukan itu sahaja keanjalan mask ini membuatkan si pemakai lebih selesa dan fungsi kelembapan lebih jauh kedalam.
Terdapat 4 variasi pilihan dalam Laneige Two Tone Sheet Mask yang mengikut kondisi kulit bersama pilihan mask berwarna-warni. Anda boleh pilih dari kombinasi mask Moisturizing & Lifting, Pore Care & Relaxing, Brightening & Hydrating dan Clearing & Nourishing.
Rutin penjagaan wajah dengan mask lebih terjamin dan menyeronokkan dengan Laneige Two Tone Sheet Mask. Dapatkan ia di butik atau kaunter terpilih Laneige seluruh negara pada Februari 2018. Laneige Two Tone Sheet Mask dijual pada harga RM15 sekeping.