Kecantikan

Kedutan Tiada Lagi Dengan Rangkaian Mamonde Age Control!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kedutan Tiada Lagi Dengan Rangkaian Mamonde Age Control!

Pakar bunga, Mamonde menaik taraf rangkaian produk Age Control dengan lebih pengisian, kali ini memilih bunga Camellia sebagai bahan utama dalam memberikan kelembapan dan bebas kedutan di wajah.

IKLAN

Bila ditanya kenapa bunga Camellia sebagai pilihan?

Foto – The Spruce

Sifat antioksidan yang terkandung dalam Camellia membantu menghalang dan melambatkan penuaan kulit sambil membantu menghilangkan radikal oksigen merbahaya yang hanya merosakkan kulit wajah. Mamonde mendapati sifat-sifat daya tahan dari Camellia berasal dari ramuan Saponin yang terkandung di dalam bunga. Saponin, bahan yang biasa dijumpai dalam ginseng merah atau ginseng, diketahui meningkatkan imuniti tubuh manusia. Ianya mempunyai kesan penjagaan kedutan yang membantu menghapuskan radikal bebas yang paling berkesan.

Foto -Every Bit Organic

Mamonde Age Control Line dirumuskan dengan minyak Camellia yang mempunyai daya pelembap dan kaya dengan asid lemak tak tepu untuk membantu mengekalkan tahap kelembapan pada permukaan kulit sambil membantu menguatkan kulit. Juga dikenali sebagai “Oriental Olive Oil’, minyak Camellia kaya dengan asid Oleik (sejenis asid lemak tak tepu) membantu membentuk lapisan kelembapan pada kulit, memastikan kulit sentiasa lembap dan kelihatan sihat.

Membantu memberikan kelembapan yang mencukupi dan kesan penjagaan kedutan, rangkaian Age Contro Line terdiri daripada Age Control Skin Softener, Age Control Emulsion, Age Control Power Serum, Age Control Power Cream dan Age Control Power Eye Cream.

Selepas ini kulit wajah kelihatan muda dan bercahaya!