Merokok bukanlah perkara sukar untuk dibuang.
Ia mengambil masa yang panjang tapi jika dengan usaha dan semangat tekad perkara sukar boleh menjadi lebih mudah. Merokok bukan sahaja terjurus pada orang lelaki, kaum wanita juga sudah banyak menopoli aktiviti merokok.
Faedah merokok ini kalau secara kasarnya tiada tapi orang yang merokok sahaja tahu azimatnya. Tapi kalau kesan bahana rokok pasti ramai yang tahu, di kotak pun dah tergambar apa kesan merokok dan yang paling ketara risiko mendapat kanser
Wanista percaya ramai yang diantara perokok mahu berubah dan tidak mahu lagi tergolong dalam individu tempah maut. Apa kata cuba titipkan langkah demi langkah untuk berhenti merokok ini…
#1 Kenali keburukan dan kebaikan
Cuba anda senaraikan kebaikan dan keburukan merokok serta bagaimana dari merokok boleh mempengaruhi kehidupan, keluarga, kerjaya dan kesihatan. Fikirkan kesan daripada yang telah anda terima akibat merokok.
#2 Motivasikan diri anda
Cuba sentiasa ingatkan tentang bahaya nikotin dalam setiap sedutan. Malah anda boleh mendedahkan diri kepada suatu yang lebih menyihatkan. Jika dahulu “rokok tempat saya melepaskan stress” tapi cuba dengan “5 minit bersiar-siar menghirup udara segar boleh menyegarkan minda”.
#3 Tetapkan tarikh berhenti
Jangan kata esok, minggu depan atau bulan depan. Sebaiknya tetapkan tarikh yang anda mahu berhenti. Sertakan juga dengan surat perjanjian dan kata-kata positif. Mulakan kontrak berhenti anda!
#4 Bawa dua, tiga batang
Sebelum ini bawa bawa sepaket kotak rokok, mari cuba tukar dengan membawa dua atau tiga batang rokok sahaja. Bayangkan jika anda mahu menghisap, tapi rokok sudah habis. Lama-kelamaan anda akan sudah terbiasa dengan rutin tersebut.
#5 Alihkan perhatian
Apabila keinginan merokok tiba, alihkan perhatian tersebut dengan melakukan aktiviti lain. Bukan makan ya tapi dengan bermain bersama anak-anak, mengunyah gula-gula getah, membasuh muka, tidur sekejap atau nyalakan lilin aromaterapi.
#6 Tukar duit rokok kepada simpanan
Cara ini dah ramai yang lakukannya dan apa yang kita nampak biasanya berjaya. Harga sekotak rokok bukan murah lagi-lagi di Malaysia. Bila anda lihat pembaziran yang anda lakukan pasti anda lagi bersemangat untuk berhenti. Dari hasil duit beli rokok boleh pergi melancong.
#7 Kongsi dengan keluarga atau rakan
Matlamat anda untuk berhenti merokok seharusnya dikongsi pada keluarga atau sahabat rapat. Ianya supaya anda ada tempat untuk mengadu tekanan emosi atau perubahan kesihatan yang dialami. Malah kata-kata dorongan dan sokongan dari mereka juga penting.
#8 Jika tewas, ulangi lagi
Jika anda gagal pada percubaan pertama, kedua atau kesepuluh kali sekalipun jangan putus asa. Ulangi dari langkah pertama dan percayalah mereka yang gagal akan juga berjaya!
Jangan mengalah dahulu sebelum mencuba…