Memang serba tak kena bila menjadi seorang selebriti ini, tak kira di Malaysia atau luar negara. Ada sahaja perkara yang netizen nak tegur. Kadang-kadang yang langsung tak tahu pucuk pangkal pun dia nak hentam juga.
Nasib memang tidak berapa baik buat ibu muda ini, Kylie Jenner yang telah memuatnaik status Snapchat tentang gaya terbaru kukunya. Panjang, berbentuk petak dan berwarna merah matte.
BACA: Sah! Kylie Jenner Selamat Melahirkan Anak Perempuan
Perkongsian tersebut telah menimbulkan banyak tanda tanya, lebih-lebih lagi tentang bagaimana Kylie ingin menukar lampin anak dengan kuku sebegitu.
Ada yang berpendapat, Kylie mungkin tidak pernah menukar lampin gara-gara ingin menjaga kuku dan ada pula yang membuat teori…
“Semua orang sedang bercakap tentang Kylie Jenner akan menjadi seorang ibu yang hebat, tapi dia sendiri tak mampu membasuh pakaianya sendiri pada tahun lalu. Tentang menukar lampin anak, saya jadi ragu-ragu lebih lagi dengan kuku seperti ini.”
https://www.instagram.com/p/BfzEfy-lK1N/?taken-by=kyliejenner
Bukan Kylie sahaja yang menjadi ‘mangsa’ tuduhan, malah kakaknya juga Khloe Kardashian tidak habis diperli kerana sering kali dianggap menayang-nayang baby bump.
Rasa pelik sekali bila ramai yang lebih suka mencari kesalahan daripada mendukung sesuatu yang positif.
Sabar jelah Kylie.