Neelofa..Neelofa..Neelofa..
Itulah nama yang sedang dan masih lagi keluar dari bibir rakyat Malaysia. Okay penulis hari ini bukan nak cerita tentang ‘kisah’ itu tapi teringin untuk berkongsi tentang lagi selebriti wanita lain untuk kita semua jadikan sebagai idola.
Kejayaan Neelofa dalam dunia perniagaan tidak dapat ditandingi namun masih ada lagi selebriti yang lain juga berjaya sepertinya. Mungkin ada yang anda dah terlupa, mari Wanista imbas kembali selebriti wanita yang anda mungkin terkenan untuk dijadikan semangat dalam mengejar kejayaan.
# Dato’ Siti Nurhaliza
Bukan sahaja bergelar penyanyi nombor satu dunia, Dato’ Siti juga merupakan pengasas kepada jenama kosmetik beliau SimplySiti dan juga mempunyai jenama pakaian Creacion by Siti Nurhaliza. Walaupun hidup Dato’ Siti serba mewah dan memiliki pelbagai kejayaan dalam kerjayanya sebagai penyanyi dan selebriti, beliau masih dilihat rendah diri dan pandai membawa karakter lemah-lembut yang membuatkan ramai rakyat Malaysia terpesona.
# Mizz Nina
From zero to hero! Jika sebut hidayah itu milik Allah, yup boleh dapat digambarkan dari Mizz Nina. Kini beliau bergiat aktif dalam menyampaikan motivasi dan dakwah Islam. Selain itu, Mizz Nina tidak ketinggalan mereka khas pakaian fesyen muslimah Sadwaa Black Label. Pakaian yang muslimah bertutup aurat tapi masih ada gaya swag bak Mizz Nina, penulis rasa itu her own signature. Suka tengok akuan Instagram Mizz Nina, sejuk jer rasa semuanya tentang perkara positif dan cerita-cerita islamik yang banyak manfaat.
Buat anda yang tak tatu Mizz Nina tersenarai dalam Top Muslim Influencer Network!
# Natasha Hudson
https://www.instagram.com/p/Be-mG8vhzha/?taken-by=natashahudsonofficial
Memang dah lama sangat tak dengar perkhabaran selebriti kacukan cantik ini. Sebelum ini Wanista pernah berkongsi berita tentang perubahan berniqab beliau. Baca: Tampil Berniqab, Natasha Hudson Terima Kritikan Positif Netizen. Tak sangka kan perubahan Natasha buat ramai diantara kita yakin dengan kuasa Allah.
Walaupun bertutup penuh itu tidak membuatkan Natasha ketinggalan untuk menjadi usahawan, beliau kini mempunyai rangkaian penjagaan kecantikan dan kesihatan berteraskan organik.
# Heliza Helmi
Dari seorang penyanyi kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia, nama Heliza Helmi kini menjadi seorang motivator dan aktivis kemasyarakatan. Jika lihat akaun Instagram Heliza tidak jenuh memuatnaik tentang kesengsaran saudara kita di Syria. Malah apa sahaja aktiviti kemasyarakatan, agama dan pendidikan pasti ada sahaja yang dikongsi.
Dalam kesibukan itu juga, beliau turut mempunyai rangkaian jenama pakaian muslimah sendiri. Siapa yang suka penampilan sederhana, manis dan tetap berfashionista boleh tiru gaya Heliza.
BACA: Tiada Azam Tahun Baru? Cuba Amalkan Resolusi Paling Simple Ini
Bukan penulis mahu kita semua mengidolakan selebriti tapi kita ikut sahaja yang baik, murni dan langkah kejayaan yang dilakukan.
Walau apapun berbaliklah pada sunnah dan ajaran Nabi Muhammad SAW. Bahawasanya baginda lah yang patut kita semua contohi buat selamanya.