Penerbangan jauh dan lama seperti 5 jam dan ke atas memerlukan rehat yang secukupnya untuk anda sampai ke destinasi. Barulah terasa segar untuk mengembara ke tempat yang baru.
Rata-rata dari kita sering mengadu sakit, lenguh badan ketika tidur didalam kapal terbang. Lebih lagi kalau ambil penerbangan tambah murah, yelah tempat duduk sempit dan terhimpit walaupun untuk pakej ekonomi!
Buat anda yang bakal terbang jauh dan mampu membayar seat ekonomi sahaja tapi nak rasa selesa bak first class, ini Wanista sediakan tips ringkas untuk tidur nyenyak dalam flight…
#1 Pilih barisan seat hadapan
Jangan tempah tempat duduk dengan dengan sayap kapal terbang kecuali anda memang ingin bergambar ala instafamous. Pilih nak selesa atau bingit sepanjang penerbangan? Elakkan memilih tempat duduk berdekatan tandas, sememangnya akan terganggu dengan penumpang lain keluar masuk tandas. Bahagian belakang juga Wanista tidak syorkan kerana anda mungkin dengar para pramugari bergegas untuk menyediakan makanan. Bising! Kalau boleh dapatkan tempat duduk sebelah tingkap boleh jadikan ia sebagai alas kepala.
#2 Minum atau makan sikit
Bila dalam penerbangan lama ini perkara yang baik ialah mendapatkan rehat secukupnya. Jadi elakkan diri anda dari mengambil kafein atau alkohol sebaliknya cuba teh panas atau teh herba. Selain itu jangan makan terlalu banyak kerana tidur dalam perjalanan yang panjang boleh melemahkan sistem penghadam. Bayangkan 8 jam tak ke tanda memang boleh sembelit. Ooopss!
#3 Cari posisi selesa
Tidur dengan posisi duduk menegak boleh menyebabkan sakit belakang. Cuba untuk paling selesa ia dengan menurunkan seat ke belakang. Ya, kemungkinan orang duduk belakang anda akan piss-off tapi itu sahajalah cara untuk melegakan badan anda. Kajian juga berpendapat duduk dengan sudut 135 darjah adalah paling terbaik dan tidak membayakan kesihatan tulang belakang.
Bila dah nak terbang nanti jangan lupa terapkan tips diatas ya!