Bila tiba hujung minggu, tengok kawan keluar dating, kawan yang seorang lain pula bersama dengan si dia tercinta pergi menghadiri jemputan perkahwinan dan kamu seorang sahaja tak ada aktiviti, sadis betul bunyinya.
Tapi, please jangan nak sedih-sedih sebab hal yang satu ini (masih single), everyone have their own story dan mungkin kamu punya masih belum tiba. Siapa tahu? Entah-entah lelaki yang bakal menyusuri hidup kamu masih berada di bangku sekolah.
Tapi apa yang penulis tahu adalah ramai memilih untuk kekal single kerana mereka takutkan komitmen, tidak sukakan tekanan dalam perhubungan, setengah mengatakan bila single kamu boleh lakukan banyak perkara berbanding bila berpasangan.
- Foto – BayToday.ca
Bila rasa sunyi, cuba lakukan perkara-perkara ini, Insya Allah semuanya akan buat kamu HAPPY!
#1 Mandi
Bila rasa kusut, apa yang kamu akan lakukan? Ya, mandi! Bayangkan segala di minda dan badan akan hilang sendirinya. Kalau nak lagi syok, berendam dalam bath tub, sediakan segelas minuman, coklat, irama lagu dan majalah, nescaya kamu rasa tenang dan segar sekali.
#2 Bela binatang peliharaan
- Foto – Tenor
Penulis pasti ramai yang melakukan perkara ini. Nak hilang rasa sunyi, cuba bela binatang peliharaan seperti kucing, anjing, ikan, hamster ataupun arnab. Melihat pets kesayangan kamu bermain akan membuat kamu melupakan segala masalah malah menaikkan mood ceria.
#3 Tonton drama/filem
Tonton secara solo atau bersama kawan-kawan, itu tidak penting. Apa yang penting ialah kamu melakukan aktiviti yang boleh membuang jauh rasa sunyi dalam diri. Tonton filem seperti aksi, seram, misteri – genre yang langsung tidak membosankan, buat kamu tidak berganjak dari kerusi.
#4 Membaca
- Foto – Seeker
Kalau boleh pilih novel, tak kisah apa genre, as long as you enjoy the reading. As long as you get something from it. Sekurang-kurangnya kamu tidaklah membazir masa berduka lara mengenangkan nasib kesepian.
#5 Berlari
Berlari terbukti secara saintifik akan menjadikan anda lebih bahagia. Menurut kajian tahun 2006 yang diterbitkan oleh Medicine & Science in Sports & Exercise, berjalan kaki selama 30 minit dengan mudah dapat menaikkan mood positif dalam diri.
#6 Pergi kafe
Pergi ke kafe jauh dari tempat tinggal atau pejabat, kemudian pesan minuman dan duduk di tempat yang paling selesa. Jika ada orang di sebelah, mulakan perbualan kecil dengan mereka, jangan risau jika kamu tidak mahir dalam perbualan kerana kemungkinan kamu tidak akan berjumpa dengan mereka lagi.
#7 Permainan video
- Foto – Freepik
Alasan biasa yang diberikan anak-anak untuk bermain permainan video adalah untuk keseronokan ataupun melepaskan stres. Kajian menunjukkan permainan video dapat mengalihkan perhatian kita daripada keinginan sesuatu.
#8 Rancang percutian
Cuti tahunan tahun lepas masih berbaki, jadi inilah masanya nak rancang percutian – tak kisah dalam negara atau luar. Mencari tiket penerbangan, tawaran hotel, buat kajian berkaitan tempat yang ingin dituju, semua itu akan meningkatkan rasa semangat dan menepis kesepian yang ada.
#9 Kelas menari
- Foto – Studio 18
Daripada duduk di rumah, berangan, apa kata cuba daftarkan diri ke kelas menari. Mana tahu bakat terpendam terus terserlah selepas ini.
Tapi sebenarnya paling best ialah tidur dan baring tanpa berbuat apa-apa, lebih-lebih lagi dalam suhu yang dingin.
Selamat beramal!