Seorang guru subjek Informasi & Teknologi Komunikasi (ICT) di Ghana dengan gigihnya melakar paparan sistem operasi Microsoft Word di papan hitam bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci cara-cara menggunakan serta fungsi Microsoft Word kepada para pelajarnya.
Fotonya yang sedang melukis dan mengajar pada waktu itu secara tidak langsung viral sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dunia.
ICT class in Ghana.
No computer, no problem.
(ht Owura Kwadwo Hottish) pic.twitter.com/PEc6mq78So
— ian bremmer (@ianbremmer) February 26, 2018
Biarpun dalam keadaan yang serba kekurangan, tanpa fasiliti dan kemudahan kelas yang canggih, guru berdedikasi bernama Richard Akoto ini tampil bijak menggunakan lakaran rajah paparan Microsoft Word yang disertai dengan penjelasan fungsi agar dapat difahami dengan jelas oleh para pelajar.
“Saya sayang pelajar-pelajar saya, jadi saya perlu lakukan yang terbaik dan sanggup buat apa sahaja untuk meraih kefahaman mereka tentang ilmu ICT ini,” jelas Richard.
Menurut sumber dari sebuah portal berita Afrika Quartz, Richard sudah sekian lama berkhidmat di sekolah tersebut namun, kemudahan komputer mereka adalah terhad malah sudah lama tidak diperbaharui sejak 2011. Meskipun begitu, adalah menjadi syarat khursus bagi kesemua pelajar di sekolah berkenaan untuk lulus subjek ICT.
Sebaik selepas foto Richard yang mengajar subjek penggunaan komputer menggunakan papan hitam itu viral, seorang usahawan bernama Rebecca Enonchong berasa terpanggil untuk menjejaki cikgu berkenaan.
This picture has been circulating on web. Does anyone know what country? This teacher is my hero. I want to find him. #TeachingIsAVocation pic.twitter.com/k7d0ysKrDj
— Rebecca Enonchong (@africatechie) February 25, 2018
Beliau kemudian menyambungkan hasratnya dengan menghantar tweet kepada Microsoft Afrika supaya syarikat teknologi gergasi itu boleh membantu Richard dalam bentuk pembiayaan komputer.
Supporting teachers to enable digital transformation in education is at the core of what we do. We will equip Owura Kwadwo with a device from one of our partners, and access to our MCE program & free professional development resources on https://t.co/dJ6loRUOdg
— Microsoft Africa (@MicrosoftAfrica) February 27, 2018
Sejak itu, Microsoft Afrika akhirnya bersetuju untuk memberi pembiayaan komputer buat Richard bagi memudahkan dirinya serta para pelajar mengakses maklumat pengajaran dan pembelajaran secara mudah, di samping pemahaman yang lebih jelas buat para pelajar tentang ciri serta cara penggunaan komputer profesional.