Hiburan

Sayang Punya Pasal, G-Dragon Beri Hadiah Istimewa Pada Peminat

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Sayang Punya Pasal, G-Dragon Beri Hadiah Istimewa Pada Peminat

Sebelum memasuki latihan ketenteraan pada 27 Februari 2018, G-Dragon sempat meluangkan masanya mereka cipta pakej hadiah buat peminat tersayang.

Pakej hadiah yang dipanggil The Floral Pathway, terdiri daripada kopi premium, cawan dengan hiasan cetakan tangan GD dan juga gelang. Barang-barang ini dibalut dengan kotak bunga yang juga direka khas oleh GD sendiri. Difahamkan, motif bunga adalah tanda penghormatan GD kepada peminat, yang disebut sebagai “bunga dalam hidupnya, berharap mereka akan berjalan menuju kebahagiaan.”

Foto – Arkib Wanista

Jika anda inginkan pakej hadiah edisi terhad ini, Lazada buka peluang untuk anda menikmati keseronokan tersebut.

G-Dragon bersama Lazada menggabungkan hiburan dan membeli-belah dalam mencipta pengalaman yang menyeronokan untuk pembeli generasi muda di seluruh Asia Tenggara.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Lebih daripada 7,000 kotak disediakan khas untuk peminat setiap negara mengikut tarikh pengeluarannya. Malaysia pada 28 Februari, Filipina, Singapura dan Indonesia dari 1 Mac dan Thailand pula pada 13 Mac.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej hadiah edisi terhad yang direka oleh GD, lihat Lazada !

p/s : Kenapa harga benda alah ni mahal sangat….#imsosad