Tahniah Giordano di atas pembukaan gedung flagship cawangan Malaysia pertama di tengah-tengah kota raya Bukit Bintang semalam!
Giordano kini melihat peluang yang lebih besar untuk memajukan perniagaan mereka yang kian pesat berkembang dengan adanya lebih 90 buah gedung dan butik Giordano sekitar Malaysia.
https://www.instagram.com/p/BfuqkrVHNH2/?taken-by=wanistadotcom
Kini pengguna yang gemarkan persalinan kasual atau semi-formal boleh mendapatkan rangkaian koleksi Giordano khas untuk lelaki, kanak-kanak dan wanita secara mudah dengan adanya gedung flagship sebegini.
https://www.instagram.com/p/Bfupua0HT7w/?taken-by=wanistadotcom
Untuk pengetahuan semua, Giordano Bukit Bintang adalah gedung terbesar untuk jenama ini di Malaysia yang ditempatkan dalam bangunan kedai dua tingkat. Tingkat bawah dipenuhi koleksi rangkaian lelaki, kanak-kanak dan atletik G-motion manakala, di tingkat atas pula terdapat beberapa koleksi formal lelaki dan koleksi santai wanita termasuklah edisi terbaharu yang diberi nama Giordano Ladies.
https://www.instagram.com/p/BfurPD6nbBN/?taken-by=wanistadotcom
Giordano Ladies amat bertepatan dengan cita rasa wanita masa kini yang mahukan sesuatu versatile namun masih mengekalkan prinsip keselesaan mesra. Setiap satu helaiannya juga bersifat peribadi dimana setiap setiap rekaan hanya ditawar dalam beberapa bilangan helaian sahaja.
Untuk musim bunga/panas 2018, warna-warna yang ditawarkan Giordano Ladies adalah berasaskan rona neutral, membuatkan ianya sesuai untuk sesiapa sahaja dan di mana jua.
Bersempena pembukaan Giordano Bukit Bintang, Giordano juga sempat melancarkan koleksi musim bunga/panas 2018 mereka dipanggil “Home Sweet Home” dalam mengetengahkan semangat dan kecintaan kekeluargaan menerusi rekaan baju-T bercetak yang pastinya selesa untuk dipakai seisi keluarga kala bersantai bersama.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.giordano.com/MY] atau lawat laman Facebook rasmi Giordano Malaysia di [www.facebook.com/giordanomalaysia]. #ThinkGlobalActLocal