Tips - Kesihatan

Pakar Psikologi Ajar 6 Cara Tenangkan Masalah ‘Jiwa Kacau’

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pakar Psikologi Ajar 6 Cara Tenangkan Masalah ‘Jiwa Kacau’

Asalkan namanya manusia, kita tidak pernah terlepas daripada emosi dan masalah jiwa. Apabila seseorang tidak dapat mengawal emosi diri dengan cermat, kehidupan sehariannya bakal dihantui perasaan yang gudah-gulana, jiwa tidak tenteram, lekas menjadi marah dan tertekan. Hal ini sebenarnya merosakkan rohani seseorang malah mungkin juga memberi impak negatif terhadap orang lain yang berada dalam lingkungan kitaran hidupnya.

IKLAN
Sumber: Elite Daily

Bagi meleraikan kekecauan jiwa anda, ini penulis kongsikan 6 cara terbaik yang seperti yang dinasihatkan pakar psikologi.

#1 Rangsang Saraf

Toni Bernhard mencadangkan supaya anda menggunakan cara pelik ini. Meskipun agak pelik (jika diperhatikan orang), ia sangat berkesan dan anda boleh cuba sendiri!

Gosok keseluruhan permukaan bibir menggunakan jari telunjuk anda kerana pergerakan ini akan lekas merangsang sistem saraf parasimpatetik anda yang terletak di bawah kawasan bibir. Hasilnya, anda akan berasa lebih tenang dan lega.

#2 Tulis Apa Sahaja Yang Lalu Di Minda

Antara sebab utama seseorang tertekan adalah kerana dipengaruhi kesibukan harian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tugasan yang banyak menggunakan otak. 

Sumber: hofflawyer.com

Menurut John Duffy, cuba sediakan satu buku nota dan tempatkannya hampir dengan anda. Bila ada idea-idea baru muncul baik sesuatu yang penting untuk diingati atau idea-idea baru yang bisa digunakan untuk melengkapkan kerja, curah segalanya di atas kertas. Jika anda marah sekalipun, anda boleh tuliskan semuanya.

Sumber: focusonthefamily.com

Sedikit-sebanyak ia akan buat anda kembali relaks kerana anda bakal lupakan masalah itu, kepala jadi semakin lapang dan ketegangan jiwa semakin menurun.

#3 Duduk Tegak!

Sebuah kajian sains sosial membuktikan bahawa apabila seseorang duduk secara membongkok, dia lebih berisiko untuk menjadi lemah, tidak ada mood serta merasa tidak berkeyakinan.

Untuk itu setiap kali duduk, sila perbetulkan kedudukan punggung dan pastikan pinggang anda tegak dan selesa. Duduk dengan tegak untuk pulihkan mood dan produktiviti diri. 

IKLAN

#4 Tengok Ikan Dalam Akuarium

Percaya tak sebenarnya perbuatan tenung ikan yang berenang dalam akuarium dapat membantu seseorang menenangkan diri?

Sumber: Giphy

Mengikut sumber, melihat atau menenung ikan berenang dapat menurunkan kadar tekanan darah serta degupan jantung. Hasilnya korang akan relaks dan berasa khayal (seronok) secara positif. Tak percaya, cubalah!

#5 Luangkan 1 Jam Untuk Aktiviti/Hobi Kegemaran

Ahli Terapi Psikologi Amy Przeworsko menasihatkan seseorang yang tertekan perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk melakukan aktiviti kegemaran.

Baik bersenam, membaca, menonton TV, memasak atau mengemas sekalipun… lakukan apa sahaja kerana apabila otak tidak tertumpu pada kerja, anda tak akan ada tanggungjawab dan bila tanggungjawan tidak anda, hati anda pasti bersih dari segala perasaan negatif.

#6 Masa Untuk Kemas!

Sumber: housebeautiful.co.uk

Boleh kata, hampir 85 peratus punca tekanan adalah disebabkan keadaan sekeliling. Cuba bangkit dan lihat persekitaran anda, jika ada benda yang berselerak, kemaskan dengan segera! Hal ini akan bantu diri jadi lebih strategik, mudah mencari barang bahkan lebih tenang kerana tidak penyerabutkan pandangan dan otak.

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN