Sebagai seorang kanak-kanak perempuan, kita pastinya sering mengimpikan kehidupan mewah dan indah seperti Barbie.
Barbie boleh dikatakan sebagai ikon bagi kebanyakan kanak-kanak kerana miliki rupa paras cantik, tubuh yang langsing, bisa bergaya dalam persalinan berkelas, malah mempunyai teman lelaki kacak bernama Ken.
Bukan itu sahaja, Barbie juga bisa menjadi apa sahaja baik seorang model, doktor atau guru… Barbie membuka peluang inpirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk berangan menyimpan impian menjadi seorang perempuan yang sempurnaapabila sudah dewasa nanti.
Untuk perkongsian bersama semua, selain Chiara Ferragni… Wanista hidangkan barisan bintang popular yang mempunyai Barbie dalam versi mereka sendiri.