Siapa yang mengalami masalah jerawat yang tak berkesudahan, produk ini untuk anda!
Eucerin, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.
Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:
- Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, acne, dan menanggalkan sel kulit mati.
- Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah.
- Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Produk ini sudah boleh didapati di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.
Nota kaki : Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat.
Info lanjut, anda boleh ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.