Rasanya setiap orang punya sejarah sendiri tenang kisah kencing malam.
Kencing malam adalah normal terutamanya pada kanak-kanak. Namun kanak-kanak yang berusia 5 tahun keatas masih lagi menghadapi masalah kencing malam bukan perkara yang normal lagi. Bayangkan kalau ada anak anda yang telah pun memasuki alam persekolahan tapi masih kencing malam, jaga-jaga.
Kenapa kencing malam?
Kanak-kanak yang kencing malam terjadi akibat otak mereka tidak memberi isyarat kepada pundi kencing untuk menahan aliran semasa tidur. Pundi kencing serta-merta mahu membuang air tanpa memberi sebarang refleks, sama seperti ketika bayi. Selain itu, sifat genetik juga main peranan, kajian mendapati tiga dari 4 kanak-kanak kencing malam mengalaminya dari adik-beradik, ibubapa atau keluarga saudara.
Jika anda mempunyai si kecil yang boleh dikatakan hampir selang sehari kencing malam mungkin terasa penat untuk mencuci tilam. Sebenarnya ada cara sendiri untuk mengawal anak-anak untuk tidak kencing malam. Cuba ikuti langkah ini:
#1 Paksa kencing sebelum tidur
Memang ada diantara anak yang malas dan merungut apabila disuruh ke tandas sebelum tidur. Antara anda sanggup mencuci hampir setiap malam, paksa mereka untuk melakukan rutin ke tanda sebelum masuk ke bilik tidur.
#2 Jangan marah
Ada ibu bapa melepaskan amarah pada si kecil jika mereka kencing malam. Jangan begitu, seeloknya anda berbincang dan memberitahu bukan dia seorang sahaja yang terkencing pada waktu tidur. Anda marah macam ribut sekalipun budak tu tetap tak akan faham.
#3 Tukar jadual minum air
Beri anak-anak anda lebih banyak air pada waktu siang berbanding pada waktu malam. Mungkin dah boleh stop beri minuman bercoklat, seperti susu coklat atau jus buah-buahan (manis). Tanpa anda sedar minuman sebegitu boleh menyebabkan iritasi pada pundi kencing kanak-kanak.
#4 Fahamkan si kecil
Berceritalah tentang fungsi pundi kencing pada anak anda. Beritahu dia tidak mengapa untuk bangun sekejap ketika tidur untuk ke tandas. Contohnya,”Kalau malam-malam tengah tidur Ina rasa nak kencing, Ina bangun jer. Sebab kasihan dengan pundi kencing Ina kena pegang air banyak, ‘dia’ pun penat.” atau apa sahaja mengikut kreativiti anda.
#5 Faktor sembelit
Punca dari sembelit ialah kerana rektum berada tepat dibelakang pundi kencing, sembelit dikaitkan dengan masalah pundi kecing terutama pada waktu malam. Cuba tanya anak anda, adakah dia sukar untuk membuang air besar.
#6 Jangkitan kuman
Bukan untuk menakutkan-nakutkan anda, tapi sebaiknya sila rujuk kepada doktor atau pakar untuk memeriksa tahap kesihatan anak.
Usahakan tips diatas, perlahan-lahan sikap kencing malam si kecil akan kurang. Insha Allah~