Menjadi perdebatan di media sosial khususnya Twitter, rata-rata peminat filem Disney Frozen sibuk berkata tentang seksualiti untuk watak utama Elsa.
Para peminat berharap agar untuk sekuel akan datang, Elsa dipertemukan dengan teman wanita malah lebih terbuka dengan seksualitinya – dan kini pengarah filem tersebut sedang ‘membincangkan’ hal tersebut.
Okay…
Semuanya bermula apabila selepas berita filem Frozen akan muncul yang kedua, peminat berharap Disney bersikap lebih terbuka dengan isu seksualiti, malah mewujudkan hashtag #GiveElsaAGirlfriend.
https://twitter.com/lexi4prez/status/726603926221541376?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fmetro.co.uk%2F2018%2F02%2F27%2Ffrozen-director-finally-addresses-elsas-sexuality-telling-every-day-7346607%2F
https://twitter.com/nerdygaylaura/status/726709428200820736?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.news.com.au%2Fentertainment%2Fmovies%2Fupcoming-movies%2Ffrozen-2-director-open-to-the-possibility-of-elsa-having-a-female-love-interest%2Fnews-story%2Fd03348aac5163ef2fbad55cf092ffed6
Bercakap hal ini, pengarah bersama Jennifer Lee telah menyentuh pendapat Elsa mungkin akan mempunyai teman wanita dalam filem seterusnya, yang akan dikeluarkan tahun depan.
“Kami mempunyai pelbagai pandangan tentang hal ini dan kami akan benar-benar meneliti daripada setiap aspek. Untuk saya … Elsa setiap hari memberitahu saya di mana dia mahu pergi, di mana Elsa dan apa yang akan dilakukan Elsa dalam hidupnya, dia memberitahu saya setiap hari. Jadi, kita akan lihat dan cuba sedaya upaya,” jelasnya pada Huffington Post.
Sama-sama kita nantikan Frozen 2 pada tahun 2019 nanti. Buat masa ini, jangan nak cipta spekulasi yang belum tentu betul.