Kecantikan

Trend Lip Topper: 8 Gincu ‘Meghelip’ Mesti Cuba!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Trend Lip Topper: 8 Gincu ‘Meghelip’ Mesti Cuba!

Seperti fesyen, solekan juga mengikut arus seiring dengan perubahan trend semasa. 

IKLAN

“No More Matte Lip!”

Foto -jouer

Tahun sudah sewaktu kita digemparkan dengan trend-trend fesyen terkini di minggu fesyen New York, London, Milan dan Paris, lip topperadalah antara item solekan wajib ada melihatkan ramai model memadankan pakaian yang diperagakan mereka dengan solekan bibir mungil yang menampilkan penggunaan lip topper.

Justeru penulis kira, lip topper kini masih hangat sebagai trend solekan semasa untuk musim bunga/panas 2018 yang boleh dicuba anda semua!

Apa Itu Lip Topper?

Lip topper adalah sejenis cecair yang dioles ke bibir untuk memberi efek solekan luar biasa.

Di pasaran, terdapat banyak jenis lip topper yang tidak terhad kepada formula berkilau semata-mata bahkan, ada juga lip topper yang berfungsi untuk melindung lapisan gincu daripada lekas pudar mahupun untuk memberi kesan dramatik seperti bibir yang bersinar jernih bak kaca.

Foto -Taylor Nicole

Cara Guna Lip Topper?

Namanya pun sudah dipanggil lip topper, sudah tentulah kegunaannya adalah untuk melapisi bahagian permukaan bibir. Apa yang anda perlu tahu, lip topper boleh dioles ke atas permukaan bibir begitu sahaja tanpa gincu atau dalam cara lain, ia juga boleh digunakan seperti pengilat bibir yang kemudian akan merubah gaya atau warna gincu minimal menjadi luar biasa.

Contoh sebelum (kiri) dan selepas (kanan) menggunakan lip topper. Sumber: tattoojunkee.com

Lebih tepat, lip topper hendaklah disapu ke atas gincu biasa yang sudah dioles terlebih dahulu dan hasilnya… anda kelihatan seperti supermodel!

Lip Topper Pilihan Wanista

#1 MAC: Grand Illusion Glossy Liquid Lipcolour

IKLAN

#2 Lime Crime: Diamond Crushers Lip Toppers

#3 Stila: Glitterati Top Coat

#4 MAC: Dazzleglass

#5 Urban Decay: Vice Special Effects Lip Top Coat

#6 BECCA: Liquid Crystal Glow Gloss

#7 Sigma: Lip Switch

#8 3CE: Glass Gloss

Selamat mencuba! ❤