Tips

Tolak Tepi Kopi, Ini 10 Cara Untuk Tingkatkan Tenaga Bila Dah Lemau

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Tolak Tepi Kopi, Ini 10 Cara Untuk Tingkatkan Tenaga Bila Dah Lemau

Selalunya bila masuk tahun baru, senarai azam punyalah panjang tapi bila dah mula kerja, sebaliknya pula berlaku, dah rasa tak semangat. Tiba-tiba meja berlambak dengan kerja yang menanti, kopi sentiasa menjadi peneman untuk hilangkan mengantuk. Pukul 3 petang dah rasa nak tidur, mata dah semakin layu. Nak buat macam tu? 

Betul, kopi ataupun coklat dapat hilangkan semua ini, tapi mesti ada cara lain juga yang membantu meningkatkan tenaga instantly.

Lihat benda berwarna merah
Foto – Lushome

Contohnya seperti hasil seni ataupun sejambak bunga. Pastikan ada sesuatu yang berwarna merah yang menghiasi meja anda. Kajian menunjukkan dengan melihat warna merah, boleh membantu anda kekal fokus kepada tugas malah memberikan semangat.

Chewing gum
Foto – Today I Found Out

Apabila anda mula rasakan penurunan tenaga, anda boleh cuba mengunyah sugar-free mint gum – ia adalah satu cara yang terbukti untuk memerangi rasa mengantuk siang hari.

15 minit nap
Foto – Warrior Bootcamp Penang

Kalau boleh cuba ambil 15 minit nap, ianya membantu anda menenangkan fikiran. Jangan pulak sampai terlajak, habis kerja tak siap.

Senaman ringan
Foto – The Indian Express

Regangan (walaupun anda hanya berdiri di sebelah meja anda). Beberapa pergerakan yoga boleh memerangi kemurungan dan keresahan.

Postur badan
Foto – Monster Jobs

Jika tenaga anda turun sepanjang hari, ia mungkin disebabkan oleh postur anda. Kajian oleh San Francisco State University, pelajar yang agak membongkok mengalami penurunan tenaga sepanjang hari berbanding pelajar yang berdiri tegak.

Udara luar
Foto – ThoughtCo

Bayangkan merenung skrin komputer selama lapan jam, tidak hairanlah anda berasa penat dan layu. Cuba keluar dari pejabat, hirup udara segar lihat pemandangan luar, ianya membantu anda rasa lebih bertenaga.

Tonton video lucu di Youtube/Facebook
Foto – YouTube

Kajian menunjukkan bahawa ketawa boleh membantu anda berjaga. Tiada sebab untuk anda tidak lakukannya. Rehat sebentar dan tontonlah video.

Buka lampu dan tingkap
Foto – GQ.com

Rasa pejabat agak suram, gelap, dingin? Cuba hidupkan setiap lampu dan buka tingkap. Pendedahan kepada cahaya yang terang akan memerangi perasaan mengantuk.

Makan badam
Foto – 30Seconds

Kacang mengandungi megnesium, yang akan membantu badan anda memecahkan glukosa kepada tenaga. Stick dengan yang mentah, badam tanpa garam untuk snek tengah hari yang sihat.

Coklat
Foto – Daily Mail

Amalan memakan coklat ini bisa merangsang hormon yang membuatkan manusia berasa tenang dan kekal ceria.

Baca: 4 Perkara Ajaib Akan Berlaku Bila Amal Makan Coklat

BACA  Pharmaton® Dengan Ekstrak Ginseng Beri Tenaga Sepanjang Hari -- Fafau & Sherson Lian

Sekarang dah boleh kerja dengan bersemangat. All The Best!