Adakah anda seorang yang setiap hari struggle dengan mekap bercapuk kerana muka berminyak?
Memang benci bila kulit berminyak sehingga menganggu keyakinan untuk berhadapan dengan orang. Tapi tahukan anda kulit berminyak sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri pada kecantikan kulit.
Walaupun ia menganggu solekan tapi ia menjaga dan memperbaiki kulit tanpa anda sedar.
Minyak yang dihasilkan dari sebum pori-pori ditugaskan untuk melincirkan dan bertindak sebagai kalis air pada kulit. Bayangkan kulit berminyak rupanya kalis air. Lagi berminyak lagi waterproof. Gituh!
Wahai si kulit muka berminyak ini lagi manfaat kecantikan ‘minyak’ yang patut anda tahu….
#1 Kulit awet muda
Ya, anda kelihatan lebih awet muda dari individu kulit kering. Tanda penuaan kulit lebih lambat kerana minyak pada muka melindungi kulit dari faktor pencemaran, sinaran UV dan pelbagai lagi faktor menyebabkan kulit stress.
#2 Bye-bye matahari!
Anda tidak perlu risau tentang sinaran UV kerana minyak dari muka anda meningkatkan lagi formula krim sunscreen. Jika orang lain terpaksa tambah krim tapi anda cukup dengan dua gabungan ini tapi pilih krim yang ringan supaya pori-pori tidak tersumbat. Ingat tu~
#3 Glowing semulajadi
Anda mungkin tidak suka melihat kulit anda sendiri tapi ada juga yang lihat ia berseri dan cantik. Jadi anda tak perlu berhabis wang ringgit untuk highlighter, cukup yang semulajadi.
#4 Memulihkan masalah kulit
Kedutan halus dan jerawat terjadi akibat masalah kulit kemerahan atau keradangan. Tapi si kulit berminyak lebih cepat pulih dan kurang mengalaminya. Namun hati-hati, jangan terlalu kerap mencuci muka atau skrub, untuk hasil terbaik gunakan pencuci muka yang lembut.
#5 Pelembab kedua!
Bila anda bersenam, muka terasa lebih panas dan banyak mengeluarkan minyak. Sebetulnya ia keluar untuk mengembalikan kelembapan kulit yang hilang akibat berpeluh.
Penulis ingat lagi ada beautician beri nasihat pada penulis, bagi dia orang kulit berminyak lebih baik dari kering. Syukur!
p/s – gambar diatas semua Karlie Kloss sebab penulis adore dengan dewy skin milik beliau ?