Ikonik, Moden dan Minimalis, itulah yang dapat digambarkan menerusi koleksi musim bunga Swarovski 2018.
Sesuai untuk digayakan seharian… baik secara kasual mahupun untuk ke acara formal, koleksi yang dipanggil Facet Swan ini terdiri daripada rantai, gelang tangan, dan anting-anting yang dihiasi motif swan ikonik -disunting dari logo Swarovski bertatah kristal putih jernih dan kelabu.
Biarpun sengaja dicipta dengan reka bentuk ringkas tidak berlebihan, kilauan kristal masih mampu memanarkan aura elegen yang bersahaja buat si pemakai yang mahu menonjolkan sebuah penggayaan minimalis without trying too hard.
Tonton Teaser Koleksi Facet Swan oleh Swarovski Untuk Musim Bunga 2018
https://www.youtube.com/watch?v=5BSFLuQg0d4
Untuk keterangan lanjut berkenaan koleksi terkini Facet Swan oleh Swarovski, sila klik [www.swarovski.com] atau lawat laman facebook rasmi Swarovski di [www.facebook.com/SWAROVSKI].