Ketepilah Kim K!
Memperkenalkan Eudoxie Yao wanita yang mempunyai bentuk ‘aset’ yang semua wanita inginkan.
Saiz dan bentuk punggung Eudoxie yang berasal dari negara Afrika, Ivory Coast bersaiz luar biasa and guess what, wanita ini mengaku ia semulajadi dan bukan hasil pembedahan plastik.
Hebatnya tentang Eudoxie, mempunyai berat 94.8 kilogram namun dia langsung tidak mempedulikan tentang berat badan dan diet hanya untuk menjaga bentuk badannya.
Walaupun dikatakan memiliki punggung lagi ‘cantik’ berbanding Kim Kardashian, Eudoxie masih merendah diri yakni menganggap Kim K adalah idolanya.
Jangan terkejut, Eudoxie sendiri tidak tahu saiz badannya!
Wanita Afrika ini sangat bangga dengan apa yang dia miliki tidak kekok untuk memakai pakaian sendat dan menayang bentuk. Bagi dia kerana sifat yakin itu buat namanya popular dan mendapat perhatian ramai.
“Kini diri saya menjadi topik perbualan ramai. Saya melawat negara-negara lain dan peminat melayan saya umpama artis. Saya telah menjadi selebriti. Muncul di televisyen dan majlis. Kadang-kadang saya diambil sebagai hos pengacara.”
Menurut dari laporan Daily Mail, ukur lilit punggung Eudoxie mencecah 60 inci atau 152 sentimeter!
https://www.instagram.com/p/BfhDjH8FNev/?hl=en&taken-by=eudoxieyao