Anda pernah mengalami situasi di mana setiap kali berada di sesuatu majlis, anda berasa awkward, langsung tidak bercakap dengan sesiapa melainkan ada yang memulakan langkah dahulu?
Bila anda berada dalam situasi sebegitu, ada yang merasakan anda sombong, pelik. Jadi apa yang patut anda lakukan agar selepas ini tiada lagi situasi sebegini terjadi dan anda jadi lebih relaks lagi.
1. Sentiasa berikan senyuman manis. Ia akan membuatkan personaliti anda nampak lebih menarik, peramah dan senang didekati.
- Foto – Twitter
2. Sarungkan pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan, personaliti dan juga majlis itu sendiri. Jika di majlis formal anda hanya menyarung jeans, tentu nampak canggung bukan.
3. Knowledge is power. Ya, itu sudah tentu! Ambil tahu isu semasa dan banyakkan membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Jadi lebih mudah untuk kamu menyertai perbualan orang lain dan bergaul dengan mereka.
- Foto – Jakarta Post
4. Berdiri dan berjalan dengan yakin. Stand tall and chin up!
5. Menyarung sepatu tinggi juga boleh membantu anda untuk nampak yakin. Jika anda bukan jenis yang biasa memakai kasut tumit tinggi, pilih yang bertumit sederhana agar tidak menganggu langkah anda.
6. Untuk elak nampak canggung, pegang segelas air juga akan buat keadaan anda nampak relaks.
- Foto – Believe
7. Jangan malu untuk bertegur sapa, anda boleh mula dengan orang yang duduk berdekatan dengan anda terlebih dahulu.
8. Berdandan dengan riasan yang sederhana juga mampu meningkatkan keyakinan diri anda. Tak perlu bermekap tebal. Yang penting nampak kemas dan berseri.
Semoga dengan tips Wanista ini, kamu tak lagi awkward bila berada di event…. Senyum Selalu!