Malang tidak berbau.
Terlalu teruja menyiapkan itinerari perjalanan, mesti ada yang lupa langkah-langkah utama dalam menyediakan kelengkapan dan persiapan diri.
Leka dengan keterujaan boleh membuat anda terlibat dalam bahan bahaya ketika travel. Pastikan simpan dalam kepala iaitu ketika mengembara anda sedang berada jauh dari tempat asal dan keluarga. Jadi isu keselamatan agak longgar dan mustahak untuk dipedulikan.
Wanista senaraikan perkara yang sering kita ambil mudah ketika setiap kali ingin mengembara
#1 Sediakan senarai kelengkapan
Tips untuk tidak lupa atau tertinggal barang disaat akhir ialah dengan lakukan senarai akhir seminggu sebelum anda berlepas. Bila dah buat senarai baru anda akan ingat, percayalah!
#2 Beli insurans perjalanan
Walaupun anda mengembara hanya dalam 3 hari tapi malang tidak berbau. Insurans menjadi perkara paling penting bila tiba-tiba jatuh sakit, dirompak atau beg anda hilang.
#3 Buat salinan dokumen penting
Mungkin ia kedengaran agak leceh dan tidak perlu tapi ia bayangkan ketika anda kehilangan pasport. Sesetengah pihak penerbangan akan membenarkan anda menaiki pesawat jika membawa salinan pasport dan gambar pasport. Oh ya! insurans perjalanan pun penting untuk buat salinan.
#4 Simpan alamat dan bilik hotel didalam telefon bimbit
Manalah tahu tiba-tiba penyakit lupa anda datang menjengah. Simpan sahaja kan senang.
#5 Hati-hati dengan Wifi percuma
Elakkan menggunakan Wifi awam untuk melayari akaun bank, pilih Wifi yang mempunyai kata kunci bagi mengelakkan dari menjadi mangsa jenayah siber.
#6 Jangan terlalu cepat percaya orang
Waspada dengan orang tempatan yang mahu membantu anda kerana kebanyakan mereka ialah penipu dan pemeras ugut. Jika anda terasa curiga, jauhkan diri dan berkeras untuk tidak menerima bantuan.
#7 Buka fikiran dan minda anda
Jangan sesekali memperlekeh budaya dan undang-undang negara yang anda kunjungi. Ingat anda pelawat jadi tunjukkan rasa hormat.
#8 Maklum pada keluarga
Ini sangat penting buat mereka yang travel solo, pastikan keluarga atau kenalan rapat anda tahu tentang itinerari perjalanan anda.
#9 Asingkan wang anda
Jangan simpan wang dan kredit kad dalam satu beg yang sama. Asingkan ia dalam dompet atau beg yang lain.
#10 Bawa kit ubat-ubatan
Pek ubatan-ubatan seperti panadol, ubat batuk, krim gatal, minyak angin dan lain-lain. Jadi anda tak perlu guna yang diluar negara, risau dosnya berbeza.
Bab insurans tu paling ramai yang tak buat kan? Baik mengaku!