Sebagai soerang manusia, kita tidak boleh lari daripada cengkaman emosi. Adakalanya kita sangat sukar mengawal emosi sehingga menyebabkan diri merana dan lebih parah andai kita nekad menolak semua orang yang cuba membantu kita dek ego yang tinggi mengunung sewaktu emosi menghantui diri.
Fikiran bercelaru, hati meronta-ronta ingin dibelai, dimanja dan difahami akan tetapi tindak-tanduk kita sebenarnya begitu agresif sehingga tiada sesiapa yang mampu memulihkan diri melainkan diri sendiri.
Apa yang boleh dilakukan kala diri dilanda kesedihan dan kemurungan? Adakah cara lain selain memendam dan terus memendam demi menyedapkan hati sendiri yang anda sebenarnya mampu menanggung kesedihan dalam diam walhal, sebenarnya tidak.
Ini 8 cara tingkatkan mood gembira selepas beberapa ketika bersedih:-
#1 Beri Ruang & Masa Pada Diri
Sejujurnya, sembuhkan luka diri dahulu sebelum meneruskan apa-apa. Lepaskan kesedahan yang telah lama terpedam agar diri anda berasa lega semula. Jika perlu nangis, nangislah sepuasnyatak perlu berasa malu kerana manusia sesungguhnya insan yang lemah.
Buat masa sekarang ini, tiada sesiapa yang salah dan tiasa siapa yang betul. Rasai kesedihan itu dan pada akhirnya, diri anda akan berasa penat seterusnya bersedia untuk membuka lembaran yang baru.
Dengan merasai kesedihan, seseorang akan cuba memahami diri mereka dan belajar daripada kesilapan. Ambilah kesediahan itu sebagai satu peluang yang membuka minda anda untuk bermuhasabah dan memikirkan apa yang terbaik untuk diri.
#2 Paksa Diri Untuk Senyum
Sedang sedih dan sedang marah, cubalah paksa diri untuk sneyum. Pasti mood anda akan berubah serta-merta. Duduklah dihadapan cermin, tenung diri sedalam-dalamnya. Tarik nafas dan mula senyum. Anda akan berasa lega lalu menjadi lebih bersemangat untuk move on dariapda kedukaan yang melanda.
#3 Ringankan Mulut Menegur Orang Asing
Anda sedang berjalan-jalan di taman rekreasi untuk melegakan kesedihan dan tiba-tiba anda terlihat seseorang juga sedang bersendirian. Beranikan diri untuk menegur individu tersebut kerana kesedihan akan jadi lebih parah andai anda terus membiarkan diri keseorangan.
Cubalah beri pujian kepada orang asing itu yang anda menyukai tudungnya atau apa sahaja…
Cipta momen baru bersama dengan orang baru, nescaya hati akan lebih tenang. Untung-untung boleh dapat kawan baru kan?
#4 Berhias
Bangkit dari katil, kesat air mata anda lalu pakailah pakaian yang cantik, oles solekan pada wajah and hey, you are pretty!
Anda bukanlah manusia yang paling teruk atau paling hina di dunia ini. Tepis segala negativiti dan terus pandang ke hadapan.
Berhiaslah untuk diri kerana dengan melihat diri anda yang kemas, cantik dan berbau harum, ia setidaknya akan bantu otak anda untuk reset perkara-perkara yang menyedihkan. Now you starting see what’s good in you kan?
#5 Jangan Lupa Untuk Makan
Kadang-kala ada orang bersedih sampai tak lalu untuk makan. Tetapi itu akan membuatkan anda jadi lebih parah kerana seolah menyiksa diri.
Makanlah, makan sahaja apa yang anda mahu. Ini kerana apabila perut seseorang lapar, sejenis mood akan terhasil yang membuatkan diri anda lebih beremosi.
#6 Kemas Rumah
Keadaan sekeliling sedikit sebanyak akan mempengaruhi mood diri. Kemaslah bilik atau rumah anda yang sudah seperti tonkang pecah itu. Leraikan kepedihan jiwa dengan mengemas.
Cara ini juga akan mengalihkan perhatian minda kepada sesuatu perkara yang lebih berfaedah. Anda akan perasan yang anda semakin lega setelah mengemas nanti. Rasa lebih segar dan seperti baru sahaja dilahirkan semula ke dunia!
#7 Lari Sekuat Hati!
Lepaskan kesakitan diri dengan cara berlari sekuat hati. Pergi ke taman yang dikelilingi alam semula jadi dan larilah sekuat hati. Lari sehingga anda berasa penat. Menangis dan menjeritlah sambil berlari agar kemudian hati terasa tenang kembali.
Kata doktor, apabila anda sedang marah atau bersedih kerana tertekan, otot dan saraf dalam tubuh akan turut menegang lalu membuatkan diri anda bertambah parah. Jadi, berlarilah kerana dengan cara itu anda boleh menggalak pergerakkan saraf dan otot.
#8 Buang Ia Jauh-Jauh
Jika anda sedih kerana ditinggalkan kekasih, buang semua perkara yang boleh mengingatkan anda kepada si dia seperti foto, mesej, segala hadiah pemberiannya. Buang jauh-jauh memori itu. Buang dan beringatlah bahawa sesuatu yang baik akan hadir kepada anda tidak lama lagi.
Sebaik mungkin cuba jauhkan diri daripada penyebab dan punca yang menjadikan anda sedih dan terluka. Baru anda boleh gembira semula. 🙂
Selamat beramal! ❤