Ini adalah sebuah momen yang palinng janggal dan mungkin ‘menakutkan’ bagi salah seorang ahli pasukan sorak Korea Utara yang menyertai Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan.
BACA: Bila Korea Selatan Dibanjiri Kumpulan Perempuan Cantik Dari Korea Utara…
Adalah menjadi kesalahan bagi seorang ahli pasukan sorak Korea Utara yang juga dikenali sebagai Army of Beauties untuk bersorak mahupun menepuk tangan ke atas persembahan atlet lain.
Namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia berasa teruja dengan kehebatan persembahan pasangan atlet luncur ais Amerika Syarikat iaitu Chris Scimeca dan Alexa Knierim.
Melihat pada rakaman video, wanita itu pada awalnya dilihat mengibarkan bendera sambil bersorak rancak memberi semangkat kepada wakil pasangan peluncur ais yang mewakili negaranya, Ryom Tae Ok dan Kim Ju Sok, tetapi setelah selesai tiba pula giliran pasangan atlet dari Amerika membuat persembahan dan secara tidak langsung tangannya mula menepuk mungkin kerana terlalu asyik dan teruja terhadap persembahan yang dilakukan oleh Chris dan Alexa.
Rakan di sebelahnya turut sempat menyiku untuk menyuruhnya berhenti menepuk namun perbuatannya itu sempat dirakam kamera.
Tonton Aksi Salah Seorang Ahli Pasukan Sorak Korea Utara Tak Sengaja Tepuk Tangan Untuk Atlet US
https://www.youtube.com/watch?v=AX53zFmQJMA
Untuk pengetahuan semua, Army of Beauties tidak dibenarkan langsung untuk memberi sokongan dalam bentuk apa sekalipun kepada atlet lain selain daripada atlet negaranya sendiri serta atlet tuan rumah, Korea Selatan. Ia dikira mlanggar tertib sebagai seorang ahli Army of Beauties.
Sebaik sedar akan kesilapannya, wanita itu terus menurunkan tangan dan berhenti menepuk.
Hanya presiden Kim Jong-un berhak memilih mana-mana bakat yang digemarinya untuk menyertai pasukan sorak Army of Beauties. Selain perlu mempunyai bakat, calon perlulah berusia 20-an, memiliki ketinggian 163cm ke atas dan datang daripada keluarga yang memiliki latar belakang baik.