Makanan laut dan kuah pedas masam. Memang tekak orang Malaysia yang punya!
Jika anda mencari-cari tempat makanan laut yang segar dan mempunyai kelainan dalam hirupan kuah? Wanista ingin memperkenalkan sebuat restoran makanan laut yang unik iaitu ShellFish.
Ia merupakan sebuah francais makanan laut dari Shell Out kini memperkenalkan lagi citarasa baharu versi menu laut tradisional Szechuan.
Mungkin ia kelihatan seperti menu steamboat biasa tapi menariknya dengan versi ShellFish ini ikan dipanggang sebelum dimasak didalam kuah.
https://www.instagram.com/p/BfF9MfRHfOn/?taken-by=wanistadotcom
Kalau dilihat dari segi bahan yang terdapat set ShellFish ini memang kompak dengan pelbagai makanan laut iaitu kepah, lala, kepingan abalone, udang, sotong dan banyak lagi! Bukan itu sahaja, diletakkan sekali sayuran-sayuran segar.
ShellFish menyediakan dua jenis kuah unik Milky Way (pedas berlemak) atau Sour Way (pedas masam). Nope! Tiada Tomyam ya ini 100% lain dari yang lain. Penulis cadangkan untuk anda cuba kuah Milky Way kerana rasa masam dan pedas lebih seimbang berbanding Sour Way.
Main menu ShellFish pastilah ikannya. Anda boleh memilih dari 5 jenis ikan itiu Senangin, Kerapu, Ikan Merah, Siakap dan Talapia. Harga ikan mengikut harga semasa.
Set menu ShellFish boleh dipilih untuk anggaran pax dan jangan risau, setiap set ShellFish datang bersama nasi putih. Konsep ShellFish sama seperti Shell Out iaitu makan beramai-ramai, iya dengan cara berkongsi ia akan menambah selera.
Rujuk gambar dibawah untuk harga dan menu lain ShellFish:
Siapa yang sukakan makanan laut yang bukan ikan dan udang semata-mata, boleh cuba untuk melatih deria rasa anda dengan keunikan kuah Milky Way dan Sour Way.
Lokasi: ShellFish Seafood Restaurant. No 27-1, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 011-2628 4618
Instagram: @shellfish.my
Selamat menjamu selera!