Seperti yang anda semua ketahui, Kylie Jenner selamat melahirkan bayi perempuan pada awal Februari lalu. Semestinya bila selebriti mengumumkan berita tersebut, kita peminat tidak sabar untuk mengetahui nama apatah lagi melihat wajah si comel.
Dan apabila Kylie memuat naik foto anak kecilnya Stormi Webster walaupun sekadar kukunya sahaja di laman Instagram, siapa sangka ada yang sanggup buat bisnes inspirasi daripada foto tersebut.
Bagaimana mereka melakukannya?
https://www.instagram.com/p/Be3rTNplCHf/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_ufi_control
Salon Kecantikan Nail Sunny kembali dengan mengetengahkan seni riasan kuku mereka inspirasi daripada foto Stormi memegang jari Kylie Jenner.
Lihat video bagaimana juru rias kuku menghasilkan kuku yang boleh dikatakan agak menyeramkan itu.
Video viral ini mendapat tontonan lebih 1.7 juta dalam masa tiga hari sahaja.
Selain itu, Nail Sunny juga menghasilkan riasan kuku inspirasi Kylie Jenner yang lain, cumanya kali ini baby bump.
Macam-macam! Siapa sangka mungkin selepas ini Nail Sunny bakal menghasilkan riasan kuku Donald Trump dengan wajahnya yang bengis itu? Atau mungkin Ed Sheeran bersama gitar kesayangan?