Inilah kunci kelembapan optimum untuk kulit anda!
Clinique Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator baharu ini mampu merungkai kehebatan lembapan yang bisa membekalkan hidrat terbaik untuk kulit wajah biarpun dalam iklim panas melampau.
Diperkaya dengan Hyaluronic Acid yang berfungsi menyuntik kadar lembapan sehingga 152%, ia juga akan menyerap jauh ke lapisan kulit paling dalam untuk kecantikan berganda.
Hasilnya muka bertambah berseri, kompleksi wajah diperbaiki malah lebih gebu dan mulus tanpa kekeringan yang merosakkan tekstur kulit anda.
Dalam masa yang sama, ia juga mengunci lembapan sekaligus mengelak kulit kehilangan nutrisinya. Clinique Moisture Surge memanfaatkan rumusan Mositure-Holding Super Matrix dan Hyaluronic Acid yang kemudian membentuk satu lapisan filem untuk menghalang kehilangan lembapan.
Teksturnya seperti jeli, krim pelembap mewah jenis gel ini tidak melekit atau berminyak. Sebaik disapukan ke permukaan kulit, ia terus menyerap seperti air tanpa meninggalkan sisa atau sebarang bau.
Rasai sendiri keberkesanan gel pelembap Clinique Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator hari ini untuk kulit lembap dan berseri serta-merta tanpa sebarang halangan. Harga adalah RM174 seunit dan boleh didapati di mana-mana cawangan atau kaunter Clinique seluruh Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.clinique.com.my] atau lawat laman Facebook Clinique Malaysia di [www.facebook.com/cliniquemalaysia].