Rasanya tiada siapa mahu terlepas merakam apa sahaja berlaku disekeliling. Baiknya ia dirakam secara baik dan jelas. Memahami kehendak pengguna Samsung mengeluarkan dua telefon pintar yang tidak punya batasan untuk mendokumentasi seluruh penggembaraan.
Peranti terbaru dari Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ diperincikan dengan isian kalis air IP68 dan ketahanan kamera hadapan untuk swafoto dan #MakeYourMoment tanpa henti!
Semasa sesi perkenalan Samsung Galaxy A8 di Sunway Lagoon ‘Galaxy A8 Lagoon Quest’, Wanista telah mencuba keajaiban dalam peranti yang dilengkapi kamera hadapan dan belakang anti-gegaran. Setiap gambar dan video yang diambil cukup jelas. Ia sesuai untuk digunakan untuk aktiviti lasak dan air.
Keupayaan dan kemajuan teknologi kamera dan peranti ini memudahkan kepada pengguna yang ingin berkongsi pelbagai rakaman tanpa gangguan.
Untuk kenali lebih dalam mengenai Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+, baca: Lebih Mantap, Lebih 2018: Kenali Samsung Galaxy A8 Dan A8+ Baru.