Menurut laporan Pencapaian LTE yang diterbitkan oleh OpenSignal, capaian 4G di Malaysia adalah lebih pantas berbanding negara maju seperti New Zealand dan Perancis. Adakah itu satu perkara yang membanggakan?
Laporan itu turut menyebut purata capaian 4G Malaysia juga adalah lebih baik berbanding negara berpendapatan tinggi seperti Brunei dan Arab Saudi dan negara Eropah barat seperti Jerman dan Ireland.
Manakala dalam kalangan negara Asean menunjukkan kadar capaian 4G di Malaysia adalah lebih baik berbanding Indonesia, Kemboja, dan Myanmar.
Walaubagaimanapun, rata-rata netizen di media sosial mempertikaikan laporan tersebut, ada yang tidak bersetuju dan berhujah dengan masalah internet yang mereka alami.