Makin lama makin pelik dengan barangan yang dikeluarkan oleh jenama mewah.
Jenama beg tangan mewah Céline melebarkan sayap mereka dengan memperkenalkan beg plastik dengan jenama sendiri berharga $590 iaitu RM2310.14!
Beg plastik tersebut ialah beg plastik membeli-belah pertama Céline yang membuat debut dipentas peragaan koleksi Céline Musim Bunga 2018.
Iya tiada uniknya beg plastik ini dengan beg plastik dipasaraya melainkan harga. Kononnya Céline mahu mengeluarkan konsep minimalis dan segar dengan mengayakan beg plastik tersebut sebagai beg tangan tote. Beg plastik ini juga didatangi bersama dengan beg kulit bersaiz poket yang dianggarkan berharga $985 yakni RM3856.77.
https://www.instagram.com/p/BZ26Oeelp_A/?utm_source=ig_embed
Ini bukan yang pertama dalam dunia fesyen jenama-jenama mewah memilih rekaan atau inspirasi murah kepada mewah. Malah ia mula menjadi trend kepada mereka yang ingin mengayakan dan menyimpan ia sebagai koleksi.
BACA: Balenciaga Cari Publisiti Tiru Rekaan Beg Biru Ikea Pula
Mudahnya hidup orang banyak wang ringgit, beg plasik sampai sanggup beli harga ribu-ribu. Whatever.