Bila anda lihat selebriti Korea, pasti anda merasakan kecantikan mereka itu semua dengan bantuan pembedahan palstik. Tetapi perlu diingatkan mereka juga mengamalkan diet untuk mendapatkan bentuk badan ideal sekarang. Harapkan pembedahan sahaja tidak mencukupi perlu juga diamalkan diet seimbang supaya maintain sentiasa.
Mungkin anda ingin miliki kaki seperti penyanyi mahupun pelakon ataupun bentuk badan. Malah, penulis sendiri kagum dengan tubuh badan selebriti Korea. Kadang-kala terfikir bagaimana mereka lakukan? Tapi apa yang penulis tahu diet mereka memang sangat menyedihkan.
Berkat kesungguhan mereka berjaya mendapatkan bentuk badan ideal sekarang tetapi teringin juga nak melihat para selebriti ini di usia muda ketika awal-awal debut, bagaimana agaknya ye?
#1 Bae Suzy
Penyanyi dan pelakon Suzy dikritik hebat ketika muncul dalam drama “Dream High” pada tahun 2011 kerana badan yang agak berisi. Untuk mencapai bentuk badan yang sesuai dengan imejnya K-Pop Idol, Suzy terpaksa menjalani diet ketat yang memerlukan dia makan dada ayam, ubi keledek dan salad sahaja bahkan mengamalkan pilates.
#2 DIA Chaeyeon
Dalam satu temu bual, gadis comel ini berkata dia hanya makan tauhu, soya dan tomato sepanjang program diet sehingga mampu mendapatkan badan sebegini.
#3 Apink Eunji
Sebelum debut, berat badan Eunji sekitar 137 pound dan kerana ramai menggelarnya gemuk, dia nekad untuk bersenam di gimnasium dan melatih tinju.
#4 BTS Jimin
BTS Jimin berkongsi, “Saya mahu kelihatan kacak setiap kali melihat cermin semasa latihan menari, jadi saya mula sekat jadual makanan, makan sekali sehari sahaja selama 10 hari, semuanya kerana mahukan penampilan sempurna.”
#5 Park Boram
Park Boram, penyanyi dari program popular Superstar K2, ketika itu beratnya 170 pound. Berkat pelan pemakanan seimbang dan latihan di gimnasium, dia berjaya kehilangan 70 pound dan kini langsing bergaya.
#6 Ailee
Sebelum ini menerusi program Follow Me, salah seorang panel mendedahkan cara Ailee untuk kekal fit dalam masa singkat adalah dia hanya mengambil sebiji pisang, hidangan kecil dada ayam, 1 cawan brokoli, 1 cawan paprika dan sayur-sayuran.
#7 Secret Ji Eun
Kerana sering dikritik kerana kakinya yang berisi, Ji Eun menjelaskan dia berlatih menari dan pilates dan minum cuka merah, untuk itu dia berjaya kehilangan 33 pound.
#8 IU
Walaupun orangnya comel dan genit, IU tidak terkecuali mengalami berat badan yang mendatangkan kritikan masyarakat Korea. Untuk mendapatkan badan ideal dan sempurna, IU hanya mengambil epal untuk sarapan pagi, ubi kentang dan minum banyak air untuk makan tengahari dan shake protein bagi makan malam.
Okay ramai yang lain sangat. Cukup terpegun dengan kesungguhan mereka nak nampak sempurna depan kaca TV. Alangkah bagusnya kalau penulis pun ada sikap disiplin sebegini.