Jom sebarkan kasih sayang bersama dengan MONKI sepanjang musim bunga ini!
MONKI mengajak wanita dari seluruh dunia untuk mengeratkan hubungan sesama wanita menerusi koleksi terbaharunya yang diceriakan dengan palet rona menonjol.
Khas untuk musim Bunga/Panas 2018, MONKI kali ini banyak menerapkan motif jalur yang diganding dengan floral, sesuai untuk penggayaan yang kasual dan menepati citarasa wanita moden yang sentiasa inginkan sesuatu yang minimalis nmaun masih kelihatan bergaya.
Kesemua koleksi yang berpaksikan tema Hug Life oleh MONKI akan mula dipasarkan di semua cawanagn gedungnya sekitar Malaysia bermula 19 Mac 2018.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.facebook.com/Monki].