Jika di negara kecil seperti Malaysia juga pernah dilanda krisis kekurangan bekalan ayam suatu ketika dahulu, apa lagi di negara gergasi seperti United Kingdom.
Beberapa hari sejak kebelakangan ini, penduduk tempatan mula resah sehingga ramai yang membuat laporan polis dek hampir keseluruhan cawangan makanan segera yang popular dengan tagline “Finger Lickin Good” itu ditutup ekoran masalah kekurangan bekalan ayam.
Rangkaian restoran makanan segera itu bertindak menukar kontrak penghantaran melibatkan syarikat gergasi perkapalan DHL dari German, yang sebelum ini telah berjanji untuk meningkatkan piawaian baharu untuk servis penghantaran setelah memenangi tender ke atas KFC.
Pada Isnin lalu, sebanyak 575 buah restoran KFC sekitar United Kingdom terpaksa ditutup buat sementara waktu disebabkan kehabisan stok ayam menjelang Ahad baru-baru ini.
“Disebabkan beberapa isu berkaitan pentadbiran dalaman, penghantaran bekalan ayam tertunda dan tidak dapat dilaksankan seperti biasa. Kami sedang mencuba sedaya-upaya untuk memulihkan keadaan secepat mungkin dan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,” jelas jurucakap DHL.
Dalam masa yang sama, pemegang bahagian KFC UK dan Ireland sempat berjenaka menerusi sebuah tweet di laman sosial mereka menyifatkan ayam-ayam yang sedang berjalan menuju ke destinasi tetapi belum tiba ke restoran mereka dengan berkata,
“Ayam-ayam tu dah melintas jalan tetapi tidak ke restoran kami…”
The Colonel is working on it. pic.twitter.com/VvvnDLvlyq
— KFC UK (@KFC_UKI) February 17, 2018
Sehingga kini, krisis ayam berkenaan menyebabkan kekecewaan dalam kalangan rakyat setempat yanng sememangnya menggemari hidangan ayam goreng KFC.
Untuk pengetahuan semua, semua cawangan KFC di UK juga berstatus halal, membuatkannya mendapat tempat di hati semua baik warga tempatan mahupun para pelancong yang beragama Islam.