Lawatan rasmi Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ke India dikatakan tidak disambut secara meriah berbanding lawatan dari Perdana Menteri Israel bulan lalu. Ramai mata-mata yang memandang serong dengan tumpuan yang diberikan oleh pihak atasan India kepada Justin Trudeau.
Walaupun begitu, Perdana Menteri yang juga digelar ahli politik paling kacak itu langsung tidak mengendahkan semua itu. Malah apa yang paling seronok, lawatan rasmi ini beliau bawa sekali isteri dan anak-anak untuk tidak ketinggalan meneroka negara yang penuh dengan sejarah peradaban dunia.
Lawatan lapan hari Justin Trudeau dan keluarga membawa mereka ke Agra, New Delhi, Ahmedabad dan Mumbai.
Seronok melihat satu keluarga ini! Teringin pula penulis nak ke India.