Demi meluahkan rasa sayang dan kasih kepada ibu tercinta. Anak sulung kepada bekas bintang bola sepak dunia, Brooklyn Beckham telah melakukan sesuatu yang luar biasa untuk ibunya Victoria Beckham.
Melukis tatu besar berbentuk hati di bahagian bahu kiri dengan perkataan ‘Mum’.
https://www.instagram.com/p/BfEmV5ID_9o/?taken-by=brooklynbeckham
Brooklyn mula minat menambah koleksi tatu dibadannya setelah berusia 18 tahun. Minatnya itu mungkin terdorong dari bapanya yang juga mempunyai pelbagai bentuk tatu di lengan dan badan.
Jika ibu bapa lain tidak berapa menggemari anak-anak mereka bertatu tapi lain pula dengan Victoria. Beliau ‘meluluskan’ tatu istimewa ‘Mum’ dengan memuatnaik gambar di akaun Instagramnya. Beserta kapsyen “Big tattoo! X kisses from NYC!! @brooklynbeckham #loveyou”
Boleh dikatakan Brooklyn ini merupakan ‘family man’, sebahagian lukisan tatu dari badannya mengenai keluarga antara ‘1975’ sempena tahun kelahiran David Beckham dan juga siri nombor tahun kelahiran adik – adiknya Romeo, Cruz dan Harper.
https://www.instagram.com/p/Be3l3AdDLeA/?taken-by=brooklynbeckham
So sweet!