Perfect canvas!
Si manis Lupita Nyong’o sememang cantik dipandang dan memiliki personaliti yang menarik.
Bukan sahaja berbakat dalam dunia lakonan malah beliau juga seorang aktivitis dalam pergerakan kesihatan dan wanita. Tidak lupa juga dengan susuk penampilan beliau setiap kali berada di karpet merah selalu stunning! Dari kepala hingga hujung kaki sempurna sahaja.
BACA: Lupita Nyong’o Tampil Menawan Dengan Gaun Sarat Hiasan Mutiara
Suka Wanista lihat variasi warna gincu yang dioles oleh Lupita. Bijak mengenakan warna untuk rona kulit dan paling penting gaya ringkas tapi bold dari beliau boleh dicontohi!
#1 Cahaya biru elektrik tayang keberanian Lupita dalam mengubah konsep mekap natural.
#2 Berseri-seri wajah Lupita bila mengenakan rona oren dibibir.
#3 Warna ungu-beri adalah rona selamat untuk si kulit hitam manis. Boleh digayakan setiap hari!
#4 Bila eyeshadow jadi ‘taruhan’, serlahkan bibir dengan warna nude cerah.
#5 Terserlah bentuk bibir Lupita dalam merah berahi ini.
#6 Sleek hanya dengan gloss bibir. Senang!
#7 Kenapa Lupita tampak cantik sangat ni?! Sapuan gloss merah jambu melengkapkan gaya classy bersama smokey eyeshadow.
#8 Perasan tak Lupita selalu pakai gincu satin finishing berbanding matte. Sebab? Untuk menarik mata memerhati mainan warna yang dipakai.
#9 Calit eyeliner, tambah bulu mata palsu kemudian oles bibir dengan warna coklat-merah jambu. Adoi manisnya…
#10 Contoh terbaik nak pakai gincu frosty dan warna ungu terang!
Warna gincu Lupita yang mana jadi idaman anda?!