Orang datang ke Korea Selatan untuk menonton Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, tetapi ada juga yang tidak ketinggalan melawat Pelabuhan Sinnam untuk melihat dengan mata dekat “Penis Park” yang terkenal di dunia. Jangan buat-buat tak tahu tentang kemujudan taman yang cukup popular ini.
Haesindang Park atau lebih dikenali sebagai Penis Park, terletak di bukit Samcheok, satu perjalanan dari Pyeongchang di mana Olimpik Musim Sejuk diadakan, dan ianya terkenal dengan patung dan monumen buah zakar.
Sejarah
Menurut legenda, seorang wanita muda hanyut dalam ribut kuat, kejadian itu menyebabkan ikan di kawasan juga hilang secara tiba-tiba. Keadaan ini menyebabkan penduduk tempatan tiada sumber makanan, dan mereka percaya bahawa ia bersangkut paut dengan kematian wanita tersebut.
Pada suatu hari, seorang nelayan membuang air kecil di laut dan selepas itu dia dapat menangkap ikan, jadi ia menganggap bahawa keupayaannya itu telah menggembirakan si mati. Untuk menenangkan semangatnya, penduduk kampung setempat membuat beberapa ukiran kayu berbentuk buah zakar dan mengadakan upacara keagamaan bagi pihaknya. Selepas beberapa ketika, ikan perlahan-lahan kembali dan penduduk kampung dapat hidup semula dengan selesa.
Dilaporkan terdapat pelbagai rekaan patung dan monumen pelik dari buah zakar telah dibina untuk menarik pelancong yang datang.
Sebagai contoh, monumen ini berbentuk seperti meriam buluh.
Ini mungkin kelihatan tidak sesuai dilawati bersama keluarga, lebih-lebih lagi yang ada anak kecil. Namun, jika anda dan ahli kelurga yang berusia 18 tahun atas berfikiran terbuka dan positif apa salahnya.
Baca : #CutiCuti2018: 10 Muzium Paling Pelik Di Dunia
Bila ke sana, jangan lupa selfie okay!