Bila cinta tak lagi memenuhi hati.
Sekejap atau lama hubungan itu jika hati mula rasa sudah tidak mahu pasti ada sahaja alasan yang timbul. Dalam sedar anda akan merasai kurang rasa cinta atau inginkan perhatian dari si dia.
Normal untuk rasa berubah dan sebelum hubungan menjadi keruh lebih baik anda berterus-terang kepada si dia.
Bagi anda yang masih lagi berbolak-balik tentang hati dan perasaan, kenangkan tanda-tanda ini adakah anda masih jujur mencintai pasangan?
#1 Kurang ucap kata ‘cinta’
Berat rasa mulut anda untuk ucapkan kata-kata cinta buatnya. Jari jemari pula makin lemah untuk bertanya khabar sekaligus tiada lagi ayat-ayat pesanan ringkas yang manis.
#2 Nampak yang buruk sahaja
Saat pertama kali cinta berputik anda terima sahaja kekurangan tapi kini ada sahaja yang buruk tentang dia dimata anda. Meskipun ia bukan salah atau datang dari pasangan namun anda tetap menyalahkan pada dirinya. Ya, anda memang menyampah apa yang dia buat dan anda tak ragu-ragu untuk beritahu yang anda menyampah!
#3 Penat dengan hubungan ini
Anda rasa penat, stress dan bosan untuk meneruskan hari-hari bersama si dia lagi. Sehingga terdetik dalam hati ‘kalau aku single macam dulu kan bagus’. Tiada apa lagi yang anda rasa menarik dalam hubungan ini malah semuanya seperti satu rutin. Aduh…
#4 Soal percaya, jujur bukan lagi utama
Nak percaya atau nak jujur, terpulanglah. Anda tidak lagi peduli tentang rukun utama dalam hubungan. Diam-diam anda lebih suka jika hubungan ini hancur dan tidak lagi dapat disatukan.
#5 Masa depan?
Impian untuk membina masa depan juga sudah lama terkubur malah langsung tidak angan-angankan lagi. Lebih ketara bila anda mula mengimpikan sesuatu perkara tanpa dia. Anda langsung tidak kisah jikalau dia tiada bersama ketika itu.
#6 Bukan kerana cinta
Ada punya sebab tersendiri kerana masih setia disisi dia tapi bukan kerana cinta. Simpati, terhutang budi atau punya silaturahim bersama keluarga dia. Kusut bila memikirnya bukan?
Kalau benar sudah tiada rasa cinta, sayang mahupun rindu terhadap si dia, nasihat Wanista kenangkan kembali saat baik dan manis. Namun jika sudah pasti tentang no more love, berterus-teranglah pada si dia supaya gerak geri anda tidak lagi menyakitkan hatinya. Wanista percaya pasti ada jalan penyelesaian yang baik buat anda dan pasangan.