Fendi menampilkan beg tangan mini bucket Mon Trésor dari rekaan kuno Roman Maison. Ianya sebuah aksesori comel yang wajib berada didalam koleksi Musim Panas/Bunga 2018!
Mon Trésor beg tangan berbentuk uncang sesuai digayakan pada hari kasual atau sebagai kemasan untuk bersiar-siar bersama teman tersayang. Saiz yang kecil dan comel sangat mudah digayakan dan si pemakai boleh mengubah gaya tali mengikut keselesaan.
Kualiti dari dua jenis fabrik kulit beg Mon Trésor ini menghasilkan sentuhan lebih elegan dan lembut pada yang sama tahan lasak.
Variasi warna beg Mon Trésor kini didapati dalam merah jambu, putih, hijau, biru dan krim. Bersempena Musim Panas/Bunga 2018 ia akan diperincikan dengan logo emas F (Fendi) dan charms pilihan anda!