Jika dulu tampil persis puteri di acara karpet merah Festival Filem Cannes 2017. Aishwarya Rai Bachchan sekali lagi memberi nafas baru iaitu dengan keluar bergaya untuk filem terbarunya, Fanne Khan.
BACA: Kembali Curi Tumpuan Dunia, Aishwarya Rai Gah Di Filem Festival Cannes 2017
Gambar debut Aishwarya dalam filem ini menjadi bualan peminat kerana lagaknya seperti diva! Lengkap berkaca mata oversized dan menyarung jaket corak celoreng stud yang membuatkan aktress beranak satu ini tak ubah seperti orang muda remaja.
https://twitter.com/AishwaryaPlanet/status/963384699937632260
OMG i was missing aishwarya today n here comes the first look of her in #FanneKhan. She is totaly looking like a Rockstar. And her glasses uff…
— 😎😎 (@AnujaShrivasta7) February 13, 2018
https://twitter.com/vermabhuvan/status/963385519089491968
Bekas Miss World 2004 ini kembali semula di layar perak dengan sebuah filem muzikal terbaru, Fanne Khan yang diadaptasi dari filem asal Belanda, Everybody’s Famous yang pernah mendapat pencalonan Oscar pada tahun 2000.
Turut bersama dalam lakonan Aishwarya Rai ialah pelakon Anil Kapoor dan Rajkummar Rao.