Sekarang sedang berlangsung temasya sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeonchang, Korea Selatan. Dan seperti biasa setiap kali satu acara berlangsung pasti ada sahaja perkara yang menjadi tumpuan, sehingga berjaya mendapat liputan media antarabangsa dan menjadi perbahasan di media sosial.
Sukan Curling mungkin bukan sukan Olimpik Musim Sejuk yang paling popular tetapi secara tiba-tiba menjadi perbualan netizen di media sosial terutamanya Twitter. Yang bukan peminat terus ingin tahu tentang sukan ini kerana salah seorang atletnya.
Anastasia Bryzgalova, 25, dari Rusia mencuri tumpuan kerana rupa paras menawan, miliki sepasang mata hijau jernih, alis kening sempurna, hidung mancung dan kulit wajah bersih, cukup membuatkan ramai tertawan melihat dirinya.
Bahkan ada netizen membandingkan atlet muda ini dengan beberapa wanita paling cantik di dunia seperti Adriana Lima, Megan Fox dan Angelina Jolie. Kalau diperhatikan, memang ada sikit-sikit kerana rupa wanita ini sangat sharp ibarat seorang model, lebih-lebih lagi tenungan tajam ketika fokus beraksi.
Dari setiap sudut, atlet ini memang kelihatan cantik sekali. No wonder ramai netizen mula ‘menyibukkan’ diri dalam sukan curling.
Pada yang tidak tahu, Curling ialah sejenis sukan ais yang hampir menyamai boling padang dan berasal dari Kanada.