Info Menarik

Mitos Kecantikan Yang Selalu Kamu Dengar, Itu Fakta Atau Auta?

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Mitos Kecantikan Yang Selalu Kamu Dengar, Itu Fakta Atau Auta?

Sesetengah mitos kecantikan hanyalah mitos sahaja. Anda pasti terkejut betapa banyaknya mitos kecantikan yang biasa kita dengar atau lakukan adalah sesuatu yang hanya direka-reka dan tiada betulnya.

Untuk memastikan anda tampil cantik dengan mitos yang betul, beberapa mitos kecantikan telah diuji dan anda pasti akan terkejut dengan keputusannya di bawah:-

Ubat gigi boleh menghilangkan jerawat
Foto – Wikipedia

Fakta!

Ubat gigi boleh menghilangkan jerawat bergantung kepada bahan-bahannya yang boleh mengeringkan kulit. Gunakan ke atas permukaan jerawat sahaja, ubat gigi membantu untuk mengeringkannya sekaligus mempercepatkan proses pemulihan. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit anda lalu menyebabkan kekeringan dan kulit mengelupas. Jadi pastikan anda sapukannya di kawasan yang kecil sahaja iaitu kawasan yang bermasalah itu.

Timun membantu menghilangkan lebam di bahagian mata
Foto – TheHealthSite.com

Fakta!

Timun sangat membantu dalam mengurangkan mata yang lebam, kerana ianya sejuk. Timun akan membantu mengurangkan lebam di bawah mata dan pada masa yang sama, akan menyegarkannya.

Wax atau bercukur membuatkan bulu badan tumbuh lebih tebal
Foto – LiveAbout

Auta!

‘Wax’ atau bercukur membuang bulu badan tetapi tidak akan membuatnya tumbuh semula lebih tebal. Sebenarnya, selepas bulu badan dicukur atau dicabut, ia akan menjadi lebih kasar. Jadi ia kelihatan lebih tebal daripada sebelumnya.

Berkongsi alatan solek adalah tidak elok
Foto – Sydney Community College

Fakta!

Ia telah terbukti bahawa alatan solek yang dikongsi sebenarnya akan menyebabkan pengguna berkongsi bakteria, yang mana boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit. Jadi, cuba elakkan daripada meminjam sebarang alatan solek seperti gincu atau bedak muka jika anda mahu selamat. Selain itu, jangan gunakan alatan solek yang dijadikan penguji sebaliknya hanya gunakan alatan solek milik anda sendiri jika anda tidak mahu untuk bertukar-tukar kuman dengan orang lain!

Memicit jerawat adalah tidak baik untuk wajah
Foto – Pinterest

Fakta!

Adalah satu perkara yang baik untuk membiarkan jerawat begitu sahaja jika anda tidak mahu ia dijangkiti bakteria, merebak ke permukaan lain atau mengakibatkan jadi lebih teruk lagi. Memicit jerawat hanya akan menyebabkan jangkitan merebak ke permukaan lain, lalu menambahkan lagi bilangan jerawat di kulit. Bersihkan kulit anda dengan betul dan biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.

Lebih banyak mencuci muka adalah lebih baik
Foto -Info Aging

Auta!

Kerap kali mencuci muka anda hanya akan menyebabkan kekeringan dalam jangka masa panjang. Pencucian yang betul dua kali sehari, pada siang dan malam adalah cukup untuk menjaga kulit anda dengan baik, tanpa membuang penghalang natural yang melindungi kulit daripada faktor-faktor alam sekitar.

Hanya orang yang berlebihan berat badan mempunyai selulit
Foto – Medical News Today

Auta!

Anda tidak perlu mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan selulit. Jadi semua orang mudah mendapat selulit tanpa mengira berat badan mereka, selulit dipengaruhi oleh jantina, gen serta gaya hidup seseorang.

Jus lemon boleh mencerahkan kulit dan rambut
Foto – BBC

Fakta!

Jus lemon sememangnya boleh membantu dalam mencerahkan kulit dan rambut. Ia membantu mencerahkan, jadi gunakan jus lemon berhati-hati jika anda ingin untuk mencerahkan kulit atau rambut anda secara semulajadi. Namun begitu, jangan lupa bahawa jus lemon yang terkena pada kulit atau rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan atau kekeringan pada kulit.

Sekarang dah jelaskan!

Komen Anda