Kecantikan

Produk Mekap Ada Mineral Ini Apa Sebenarnya?

Izzah Azizah
/
Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz
Produk Mekap Ada Mineral Ini Apa Sebenarnya?

Buat mereka yang masih noob dengan ilmu solekan dan mahu mempelajarinya dengan lebih mendalam. Inilah masanya! 

Jika ada biasa ke gedung yang menjual pelbagai solekan tidak kiralah mewah atau hanya di farmasi pasti mata anda tertancap dengan produk yang menjual dari asas mineral. 

“Eh apa pula yang mineral ni? Lain finishing atau apa kaedah yang diberikan.”

Penulis juga tidak pernah guna produk dari mineral powder, blush, foundation atau apa sahaja kerana khuatir keberkesanan dan paling penting dengan keadaan kulit.

Foto – Google

Jadi buat anda yang juga terpinga-pinga sama dengan penulis mari kita rungkaikan tentang mineral dalam produk solekan.

Banyak jenama mekap telah memperkenalkan mineral dalam rangkaian produk mereka. Bahan mineral yang terdapat dalam mekap biasanya titanium dioxide, zinc oxide, mica dan iron oxides. Kebanyakan produk mekap mineral dikompos, diambil dari mineral asli dan tidak mengandungi sebarang minyak atau lilin. 

Apa itu mineral?

Mineral adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh badan dengan membekalkan pelbagai kebaikan. Terdapat pelbagai jenis mineral yang mempunyai fungsi berlainan. Antaranya pottassium, kalsium, zink, magnesium, zat besi dan lain-lain lagi.

Foto – Beauty Concept

Bila mineral dalam mekap?

Produk mekap yang mengandungi mineral dipercayai mampu memberi pelbagai kebaikan terus kepada kulit. Ada sesetengah pakar kecantikan mengesyorkan individu untuk menggunakan produk kosmetik dari mineral kerana ia sesuai untuk kulit bermasalah, sensitif dan berjerawat. Mineral merupakan bahan semulajadi yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Foto – Makeup – LoveToKnow

Hasil dari mekap produk mineral?

Bedak asas contohnya ia hanya beri hasil semulajadi bukan high coverage. Mekap mineral biasanya memberi kesan glow hasil partikal halus yang terdapat didalam produk. Kalau anda suka mekap tampak natural dan tidak tebal bolehlah bertukar dengan mekap mineral.

Foto – Beauty with charm

Namun…

Kebaikan yang terkandung dalam produk kecantikan mineral tidak setanding dengan pelembab, serum atau apa sahaja kit penjagaan wajah anda.Ia hanya cukup untuk membantu memperbaiki atau mengurangkan risiko kerosakan kulit.

Foto – Thinkstock

Walaubagaimanapun, kita semua kena waspada dengan produk mineral tiruan. Kalau sekarang telur ayam pun dah boleh dicipta apatah lagi produk mekap.

SUMBER 1, 2 & 3

 

Komen Anda